web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


OREO Café Kini Mendarat Di Qatar, Satu-Satunya Di Luar Amerika Syarikat 

Kafe seluas 116 meter persegi di North Node baharu itu pasti menggembirakan pengembara dengan seleksi makanan yang memikat selera.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 7:06PM

Kafe OREO ialah kerjasama antara Mondelez World Travel Retail, Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad, dan Qatar Duty Free. - Gambar Mondelēz International

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah memperkenalkan kafe pertamanya di New Jersey, Amerika Syarikat pada 2021 lalu, jenama biskut antarabangsa kegemaran ramai, Oreo kini mencipta sejarah baru apabila ‘terbang’ lebih jauh ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad (HIA) Doha.

Ini merupakan satu-satunya OREO Café di luar Amerika Syarikat dan yang pertama di sebuah lapangan terbang. Pembukaan kafe ini sudah pasti membuatkan pengembara, khususnya peminat biskut ini tertarik untuk singgah apabila menjejakkan kaki ke HIA.

Kafe seluas 116 meter persegi di North Node itu menggembirakan pengembara. - Gambar Mondelēz International
Kafe seluas 116 meter persegi di North Node itu menggembirakan pengembara. - Gambar Mondelēz International

Kafe seluas 116 meter persegi di North Node baharu itu menggembirakan pengembara dengan pelbagai seleksi hidangan yang memikat selera dan pandangan mata. Ini termasuklah susu kocak OREO, mufin dan kek keju serta menu makanan dan minuman savuri komprehensif. 

Antara menu yang mesti dicuba ialah sundae wafel dengan kepingan Oreo yang dibakar, KEK KEJU Oreo dengan coklat ganache dan mousse biskut. Tambah menarik, terdapat juga barisan chef yang mencipta hidangan unik secara langsung di OREO Creations Bar kafe.

Beberapa produk terkenal Oreo yang boleh didapati di Kafe OREO. - Gambar Mondelēz International
Beberapa produk terkenal Oreo yang boleh didapati di Kafe OREO. - Gambar Mondelēz International

Konsep kafe ditempah khas itu menampilkan warna biru elektrik terkenal, putih dan hitam jenama OREO, menarik minat penumpang transit dengan perabot OREO gergasi, dinding digital dan kawasan runcit.

Bagi mencipta lebih keterujaan, Mondelez dan Qatar Duty Free (QDF) menjalankan kempen pemasaran bersepadu termasuk video dalam-penerbangan Qatar Airways pada bulan Oktober dan ia boleh ditonton di seluruh kawasan lapangan terbang.

Ais krim Oreo yang sukar dilepaskan. - Gambar Mondelēz International
Ais krim Oreo yang sukar dilepaskan. - Gambar Mondelēz International

Mondelez turut menyampaikan kempen media sosial berprestasi tinggi yang menampilkan aset kreatif yang lincah dan imejan kulinari yang beraneka.

Bagi meraikan Hari OREO, rakan-rakan kongsi tersebut menjalankan pengambilalihan lapangan terbang di HIA pada 6 Mac dengan kempen digital skrin hujung-ke-hujung merentas lebih 800 skrin.

Jaya Singh (paling kanan) yakin OREO Café Doha akan mengukuhkan kedudukannya sebagai outlet utama. - Gambar Mondelēz International
Jaya Singh (paling kanan) yakin OREO Café Doha akan mengukuhkan kedudukannya sebagai outlet utama. - Gambar Mondelēz International

Pengarah Urusan, Mondelez WTR, Jaya Singh, dan Naib Presiden, Qatar Duty Free, Thabet Musleh, mengulas, kerjasama luar biasa ini diyakini akan membawa pengalaman eksklusif kepada pengembara yang menggunakan HIA untuk percutian ke pelbagai destinasi di seluruh dunia. 

"Ini merupakan detik bersejarah untuk Mondelez dan QDF. Perkongsian yang luar biasa ini membawakan yang pertama di dunia ke lapangan terbang terkemuka di dunia dan kami benar-benar telah menyampaikan misi kami untuk membawa pengalaman yang eksklusif kepada peruncitan perjalanan.”

“Dengan penembusan pertama Mondelez WTR ke dalam industri F&B dengan memanfaatkan jenama global yang hebat, kami yakin OREO Café Doha akan mengukuhkan kedudukannya sebagai outlet utama," ulas Jaya Singh. - Getaran, 5 Mei 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Tiba Di Doha Untuk Lawatan 3 Hari

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Bryan Perbaharui Rekod Kebangsaan 100m Kuak Kupu-Kupu Di Doha

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Asia: Ahmad Zahid Ucap Selamat Berjuang Kepada Skuad Harimau Malaya

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Piala Dunia Bermula Sehari Lebih Awal, Tuan Rumah Bermain Perlawanan Pembukaan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Jelajah 11 jam yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden