web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Piala Dunia Bermula Sehari Lebih Awal, Tuan Rumah Bermain Perlawanan Pembukaan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 1:38PM

Piala Dunia, Qatar 2022 - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA – Temasya Piala Dunia akan dimulakan sehari lebih awal bagi membolehkan tuan rumah, Qatar bermain pada perlawanan pembukaan, kata sumber hari ini, hanya tiga bulan sebelum ia berlangsung secara rasmi.

Sumber memberitahu, perubahan itu bermakna Qatar akan menentang Ecuador pada 20 November, 24 jam lebih awal berbanding jadual asal, dalam satu keputusan yang dijangka diumumkan FIFA secara rasmi tidak lama lagi.

Perubahan tersebut akan menyaksikan temasya berkenaan, yang diadakan pada November – Disember untuk mengelak musim panas melampau di negara Teluk itu, berjalan mengikut tradisi, dengan dengan tuan rumah bermain pada perlawanan pembukaan.

Senegal dan Belanda sebelum ini dijadualkan bermain untuk perlawanan pertama pada 21 November, diikuti England menentang Iran dan perlawanan pembukaan rasmi, petang yang sama.

“Terdapat perbincangan dan persetujuan antara kedua-dua pasukan dan ada permintaan daripada Conmebol iaitu persekutuan Amerika Selatan,” kata seorang sumber Piala Dunia yang tidak mahu dikenali, kerana pengumuman rasmi masih belum dibuat.

“Kami mahu mengikut tradisi, iaitu mengadakan perlawanan pembukaan yang akan disertai sama ada oleh juara terdahulu atau tuan rumah,” tambah sumber.

FIFA dan jawatankuasa penganjur Qatar enggan mengulas mengenai perubahan temasya terulung tersebut yang dijadualkan berakhir 18 Disember nanti.

Bagaimanapun, satu lagi sumber berkata, tindakan susulan akan diambil bagi membolehkan peminat membeli tiket untuk perlawanan 21 November itu.

“Sebarang masalah akan ditangani sebaiknya bagi membolehkan ia tidak memberi kesan kepada temasya,” katanya.

Susulan perubahan, perlawanan antara Belanda dan Senegal di bawah Kumpulan A akan dianjak daripada jam 1 tengah hari (6 petang waktu Malaysia) 21 Disember kepada 7 malam.

“Ia slot yang lebih baik untuk kesemua pasukan bertanding dan stesen penyiaran,” kata sumber lagi.

Jadual perlawanan antara England dan Iran bagi Kumpulan B kekal tidak berubah,

Menghitung Detik 100 Hari

Pelbagai syarikat utama berkaitan Piala Dunia turut meluahkan keyakinan bahawa perubahan luar biasa itu mampu ditangani dengan baik.

“Kami akan tangani perkara ini sewajarnya,” kata Pengerusi Hospitaliti Perlawanan, Jaime Byrom yang menandatangani perjanjian bersama FIFA untuk menganjurkan pakej hospitaliti buat semua perlawanan Piala Dunia dan sudah menempah 450,000 tiket disediakan.

“Berbanding cabaran yang telah atau akan dilalui nanti, ia bukan satu masalah besar.

“Kita harus memberi tumpuan kepada pelanggan yang terkesan dan saya rasa, fokus ketika ini akan diberikan kepada pelanggan Ecuador yang datang dari luar negara dan memastikan mereka tiba tepat pada masanya,” kata Byrom.

Perlawanan pembukaan berkenaan dijadualkan berlangsung di stadium Al Bayt yang memiliki kapasiti 60,000 penonton, satu daripada tujuh lokasi baharu yang dibina khusus untuk Piala Dunia, selepas Qatar dengan penuh kontroversi dipilih sebagai tuan rumah temasya tersebut pada 2010.

Negara Teluk kaya raya itu kini sedang bersiap sedia dengan upacara pembukaan gilang gemilang di stadium terbabit, yang pembinaannya mengambil inspirasi daripada khemah tradisi masyarakat Arab.

Perubahan jadual tersebut juga mengubah kiraan detik 100 hari yang sepatutnya bermula Sabtu ini.

Selepas beberapa kali melalui proses bidaan, Qatar berdepan kritikan berhubung isu hak asasi pekerja dan penerimaan mereka terhadap golongan LGBTQ.

Presiden FIFA, Gianni Infantino bagaimanapun berkata, negara kecil yang kaya dengan gas asli itu akan menganjurkan temasya Piala Dunia terbaik dalam sejarah. – AFP, 10 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad