Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Piala Asia: Ahmad Zahid Ucap Selamat Berjuang Kepada Skuad Harimau Malaya

Sukan Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2024 8:11AM

gambar FB Zahid Hamidi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat berjuang kepada skuad Harimau Malaya pimpinan ketua jurulatih Kim Pan Gon yang akan berentap pada saingan Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.

Ahmad Zahid dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini turut mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlang skuad negara melayakkan diri secara merit ke kejohanan bola sepak terulung Asia itu.

"Saya bersama seluruh rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kejayaan buat anda semua. Sematkan azam dan tingkatkan tekad demi mengharumkan nama negara.

"Semoga anda berjaya menjulang kemenangan buat negara dan berjuanglah #Demi Malaysia! Insya-Allah, saya yakin penglibatan dalam acara besar seperti ini menjadi asbab untuk industri bola sepak negara terus berkembang dan melahirkan lebih ramai bakat berkaliber," katanya.

Piala Asia 2023 akan berlangsung hari ini hingga 10 Februari ini.

Skuad negara yang diundi dalam Kumpulan E akan memulakan kempen menentang Jordan pada 15 Januari (1.30 pagi, 16 Januari waktu Malaysia) di Stadium Al Janoub, diikuti Bahrain (20 Januari) di Stadium Jassim Bin Hamad sebelum bertemu juara dua kali Korea Selatan di Stadium Al Janoub pada 25 Januari.

Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan ketiga terbaik akan layak ke pusingan 16 terbaik. 

Malaysia belum pernah mencapai kedudukan itu dalam tiga penampilan sebelum ini.

Ini adalah penampilan keempat Malaysia dalam Piala Asia, selepas layak secara merit pada edisi 1976 di Iran dan 1980 di Kuwait, selain ketika negara menjadi tuan rumah bersama Indonesia, Thailand dan Vietnam pada 2007. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

2

Semasa 1 bulan yang lalu

KEDA Perlu Utamakan Keberkesanan Projek Dilaksanakan - Ahmad Zahid

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengusaha Halal Bumiputera Digesa Jangan Hanya Fokus Kepada Sektor F&B - Ahmad Zahid

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Mahu Pelaksanaan Sistem Sewaan Tanah Pertanian Dikaji Semula

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Pelajar PhD USIM Duduki Ujian Kelayakan Bawah Khemah, Dikelilingi Runtuhan Di Gaza

Semasa 8 jam yang lalu

Kemarau: Beting Pasir Seluas Padang Bola Timbul Di Sungai Kelantan

Semasa 1 hari yang lalu

Siapa Punya Kerja, Tanam Paku Kat Bahu Jalan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 7 jam yang lalu

Pedofilia MRSM Tumpat: Polis Selesai Panggil 14 Individu