Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pengusaha Halal Bumiputera Digesa Jangan Hanya Fokus Kepada Sektor F&B - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2024 12:14PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengusaha halal Bumiputera digesa menembusi pasaran eksport halal global bukan hanya melalui sektor makanan dan minuman (F&B), tetapi juga dalam sektor-sektor lain seperti bahan-bahan (ingredients), kosmetik dan farmaseutikal, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, permintaan bagi produk-produk halal global semakin tinggi dengan pasaran bernilai AS$5 trilion dijangka pada tahun 2030.

"Kita harus melihat dari segi pasaran eksport produk halal ini kerana pada tahun 2023 pasaran global eksport halal adalah bernilai US$3 trilion.. cukup besar, dan dijangkakan pada tahun 2030 permintaan ini akan meningkat dan bernilai US$5 trilion," katanya kepada BERNAMA dalam wawancara khas sempena pasca Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024), baru-baru ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis Halal Malaysia berkata, pengusaha halal Bumiputera harus sedar bahawa pasaran halal global adalah sangat besar, dan permintaan bukan sahaja datang daripada pasaran Muslim tetapi pasaran bukan Muslim juga, yang mementingkan aspek kebersihan.

"Kita harus terus galakkan pengusaha-pengusaha halal Bumiputera untuk tidak hanya menjual produk mereka di pasaran domestik, tetapi ke peringkat antarabangsa juga," katanya.

Berdasarkan data yang dilaporkan, pasaran Muslim global setakat 2022 menyumbang 24 peratus kepada populasi dunia, iaitu bersamaan dengan 1.9 bilion orang dan menjelang tahun 2030, ia dijangka mencecah 2.2 bilion orang.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah seterusnya mengingatkan pengusaha halal Bumiputera supaya jangan mengamalkan konsep 3T apabila menjalankan perniagaan mereka, terutama sekali bagi sektor bahan-bahan (halal ingredients) iaitu tanam, tinggal dan tuai.

"Tiada baja, tiada apa-apa..jadi bagaimana kita hendak dapat siapkan bekalan yang banyak untuk penuhi permintaan? Contohnya jika ada permintaan 10 kontena serbuk serai untuk satu bulan, kalau setengah kontena pun tak dapat nak penuhi bagaimana?

"Bagi pengeluar bahan-bahan halal setakat ini 87 peratus dikuasai oleh usahawan-usahawan bukan Bumiputera..jadi saya menyeru semua pengeluar produk halal Bumiputera untuk lebih cakna mengenai hal ini. Jangan menganggap produk-produk yang kita keluarkan itu sebagai sesuatu yang bersifat 'separuh masa'.

"..tetapi dengan geran, latihan yang ada, kita mesti cepat mengambil peluang ini untuk kita berhijrah daripada pengusaha mikro, jadi pengusaha sederhana dan eksport produk melalui Matrade (Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia), HDC (Halal Development Corporation) dan memasuki penyertaan di dalam Mihas (Malaysia International Halal Showcase) dan Halfest (Halal Fiesta Malaysia) yang memang tersedia," katanya.

Ahmad Zahid juga berkata, beliau telah mengadakan koordinasi dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengeluarkan sijil halal dengan lebih cepat, dengan syarat pengusaha-pengusaha halal Bumiputera memenuhi garis panduan yang ditentukan agensi kerajaan tersebut.

Dalam satu pembentangan pada sesi Libat Urus Pengukuhan Industri Halal KEB 2024 pada 29 Februari lalu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Dr Ameer Ali Mydin mencadangkan supaya satu sistem tier dan 'green lane' diwujudkan untuk pengusaha Bumiputera mendapatkan pensijilan halal.

Katanya, berdasarkan data, hanya 3,562 syarikat Bumiputera mendapatkan penarafan halal berbanding 5,600 bukan Bumiputera pada 2023. Daripada jumlah keseluruhan itu, 6,857 adalah perusahaan mikro, manakala 1,155 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan 1,150 (syarikat multinasional).

Malaysia adalah peneraju pasaran global dalam industri makanan halal dan menduduki tempat pertama dalam Indeks Ekonomi Islam Global (Global Islamic Economy Index) selama sembilan tahun berturut-turut. Pada 2022, jumlah nilai eksport halal ialah RM59.46 bilion, menyumbang 7.4 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

2

Semasa 1 bulan yang lalu

KEDA Perlu Utamakan Keberkesanan Projek Dilaksanakan - Ahmad Zahid

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Mahu Pelaksanaan Sistem Sewaan Tanah Pertanian Dikaji Semula

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Akan Umum Pendekatan Baharu Untuk Manfaat Warga FELDA - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Semasa 49 minit yang lalu

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Semasa 1 hari yang lalu

3 Beranak Terselamat Dari Maut, Kereta 'Total Loss' Jatuh Gaung

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 5 jam yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Semasa 7 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Parah Nahas Jalan Kuala Krai - Gua Musang