Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Akan Umum Pendekatan Baharu Untuk Manfaat Warga FELDA - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2024 1:38PM

Ahmad Zahid Hamidi - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan bakal mengumumkan beberapa pendekatan baharu yang akan memberi manfaat kepada warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) minggu depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata beliau berazam untuk melaksanakan perubahan segera kepada FELDA terutama dalam soal pendapatan bersih peneroka agar mereka dapat keluar daripada kelompok miskin tegar.

"Ada beberapa pendekatan saya akan umumkan dari semasa ke semasa... terbaharu, minggu depan," katanya kepada BERNAMA dalam wawancara khas sempena pasca Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 baru-baru ini.

Mengulas prestasi merosot FELDA seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022, Ahmad Zahid berkata, tanggungjawab memulihkan agensi persekutuan itu akan dilihat dalam aspek peneroka dan syarikat di bawah FELDA.

"Kita tahu LKAN melaporkan bahawa FELDA mengalami kedudukan kewangan yang sangat merosot, laporan audit ini ialah pada Tahun Kewangan 2022, ertinya bukan di bawah kerajaan yang ada sekarang ini. la bukan satu blame game dan bukan mahu menyalahkan pihak lain.

"Kebertanggungjawaban pulihkan FELDA bukan dilihat daripada segi pengeluaran hasil Felda sendiri (tetapi) tumpuan kena beri kepada peneroka. Keduanya, kita harus lihat syarikat bawah FELDA seperti FGV Holdings (FGV Holdings Bhd) dan MSM Malaysia Holdings Bhd," katanya.

LKAN mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutuan 2022 yang dibentang di Dewan Rakyat sebelum ini menunjukkan FELDA mengalami kerugian selepas cukai sebanyak RM1.005 bilion.

Mengenai ekonomi kitaran dalam FELDA, Ahmad Zahid berkata konsep itu adalah aspek baharu yang perlu dipromosi dan Pengerusi FELDA Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah membentangkannya pada Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 baru-baru ini.

"Ertinya apa sahaja yang dijadikan sumber asas FELDA harus digunakan dan bukan dibuang begitu sahaja.

"Ini adalah sumber yang boleh melahirkan satu pendapatan baharu. Ini satu pendekatan baharu yang sedang dilaksanakan oleh Pengerusi FELDA baharu dan didukung oleh pengurusan tertinggi FELDA," katanya.

Beliau juga berkata kerajaan perlu memikirkan satu kaedah untuk menggalakkan industri ke FELDA supaya generasi baharu tidak berhijrah keluar dan berlakunya urbanisasi.

"Peluang ini boleh dibuat dengan memberikan insentif kepada pelabur dalam negeri atau luar negeri... diberi pengecualian cukai jika industri dibawa ke kawasan FELDA," katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata aspek transformasi digital perlu diberi perhatian di kawasan FELDA kerana ia merupakan keperluan utama bagi generasi kedua dan ketiga.

"Pendigitalan kena berlaku adil terutama di kampung tradisional dan kawasan FELDA. Mereka juga berhak mendapat pendidikan dalam talian kerana ini adalah pendekatan baharu sistem pendidikan negara," katanya.

Mengenai isu pemilikan tanah berkait waris peneroka FELDA, beliau berkata: "Kita telah mendapat cadangan untuk mengubah Akta FELDA itu sendiri termasuk dalam soal pemilikan generasi kedua... Perkara begitu harus dilihat lebih terperinci." - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

2

Semasa 1 bulan yang lalu

KEDA Perlu Utamakan Keberkesanan Projek Dilaksanakan - Ahmad Zahid

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pengusaha Halal Bumiputera Digesa Jangan Hanya Fokus Kepada Sektor F&B - Ahmad Zahid

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Ahmad Zahid Mahu Pelaksanaan Sistem Sewaan Tanah Pertanian Dikaji Semula

Sorotan

1

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

2

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

3

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

4

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

5

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

Semasa 4 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Parah Nahas Jalan Kuala Krai - Gua Musang

Politik 1 hari yang lalu

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

Sukan 22 jam yang lalu

Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024