web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bryan Perbaharui Rekod Kebangsaan 100m Kuak Kupu-Kupu Di Doha

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2024 6:12PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perenang negara Bryan Leong Xin Ren memperbaiki rekod kebangsaan acara 100 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar.

Menurut laman sesawang World Aquatic, atlet berusia 20 tahun itu merekodkan 52.78 saat (s) untuk menamatkan saingan di tempat kesembilan saringan tujuh di Pusat Akuatik Hamad hari ini, mengatasi rekod terdahulu yang juga miliknya sendiri, 52.96s dilakukan pada kejohanan sama di Fukuoka, Jepun pada Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, ia tidak dapat membantu Bryan untuk berada dalam kelompok 16 perenang mara ke separuh akhir selepas sekadar menduduki tempat ke-21 daripada 66 peserta.

Bryan yang melanjutkan pelajaran dalam bidang neurosains dan psikologi di King's College London juga tidak berjaya meraih tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas tidak mencapai masa kelayakan Olimpik (OQT) ditetapkan iaitu 51.67s dan masa pertimbangan Olimpik (OCT) 51.93s.

"Saya gembira dapat memperbaiki rekod kebangsaan. Bagaimanapun, saya masih bekerja keras dan memburu kelayakan Olimpik, harapnya saya dapat capai," katanya ketika dihubungi.

Bryan dijangka menyertai beberapa kejohanan lagi sebelum tempoh kelayakan Olimpik tamat pada 23 Jun ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Tiba Di Doha Untuk Lawatan 3 Hari

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Asia: Ahmad Zahid Ucap Selamat Berjuang Kepada Skuad Harimau Malaya

3

Selera 3 tahun yang lalu

OREO Café Kini Mendarat Di Qatar, Satu-Satunya Di Luar Amerika Syarikat 

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Bryan Leong Lebur Rekod 13 Tahun Kuak Kupu-Kupu Lelaki Kebangsaan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 11 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad