web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bryan Leong Lebur Rekod 13 Tahun Kuak Kupu-Kupu Lelaki Kebangsaan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 9:36PM

Bryan Leong - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Atlet Wilayah Persekutuan Bryan Leong boleh tersenyum gembira apabila berjaya memecahkan rekod kebangsaan acara renang 100 meter (m) kuak kupu-kupu lelaki dengan catatan masa 53.32 saat (s) dan merangkul pingat emas dalam acara itu pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di sini hari ini.

Pencapaian dilakar atlet berusia 19 tahun itu di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil, di sini menyaksikan beliau berjaya meleburkan rekod lama 53.33s yang dicipta bekas perenang negara, Daniel Bego di Kejohanan Dunia di Rome, Italy pada 2009. 

Bryan mengakui tidak menyangka mampu memadam rekod kebangsaan milik idolanya, namun gembira kerana sudah menghadiahkan Wilayah Persekutan empat pingat emas di temasya itu.

“Saya bagaikan tidak percaya dan tidak menjangka untuk memecahkan rekod kebangsaan, ia merupakan satu rekod kepantasan oleh Daniel sejak 2009, ia sangat mengujakan dan saya gembira kerana dapat memecahkan rekod itu hari ini. 

Ia hanya berbeza 0.01 saat jadi ia seumpama saya mencatatkan rekod peribadi terbaik saya dan rekod kebangsaan. Di Hanoi, saya juga memecahkan rekod kebangsaan 50m gaya bebas dengan beza hanya 0.01 saat ia merupakan satu rahmat di sebaliknya ia sungguh bermakna kepada saya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. 

Pingat perak acara itu dimenangi atlet Selangor Ng Tze Xiang dengan catatan masa 54.72s dan Leow Zheng Yong dari Melaka yang merakam 55.82s terpaksa berpuas hati membawa pulang gangsa.

Sebelum ini, Bryan telah mengutip tiga emas masing-masing dalam acara 50m kuak kupu-kupu, 50m kuak dada dan 4x100m gaya bebas.

Seterusnya beliau akan beraksi dalam dua lagi acara esok iaitu dalam 50m gaya bebas dan 4x100m individu rampaian. 

“Selepas Sukma saya akan balik sambung belajar di England dalam masa sama terus berlatih sebab tahun depan banyak kejohanan iaitu Kejohanan Dunia, Sukan SEA tetapi perlu berusaha untuk kelayakan masa bagi mewakili Malaysia,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Brunei Cipta Sejarah Raih Emas SUKMA Selepas 10 Tahun

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Atlet Silat SUKMA Terengganu Maut Terkena Sepakan Lawan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Bryan Perbaharui Rekod Kebangsaan 100m Kuak Kupu-Kupu Di Doha

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ajal Ketika Bertugas, Jurulatih Skuad Baskal SUKMA Terengganu Maut Iringi Pelumba

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 10 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Politik 2 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95