Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Airlines Mula Penerbangan Pertama Dari Kuala Lumpur Ke Doha

Malaysia Airlines meraikan penerbangan pertamanya antara Kuala Lumpur (KUL) dan Doha (DOH) dengan upacara pelepasan khas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 4:50PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia Airlines meraikan penerbangan sulung antara Kuala Lumpur (KUL) dan Doha (DOH) dengan upacara pelepasan khas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Acara tersebut telah dihadiri Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Malaysia Airlines Berhad (MAB), Ahmad Luqman Mohd Azmi, bersama pegawai kanan MAB dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bertujuan menyambut dan menghantar penumpang yang menaiki pesawat MH160 ke Doha jam 9.20 malam waktu tempatan.

Untuk memperingati detik bersejarah tersebut, satu persembahan kebudayaan telah diadakan di ruang menunggu dan para penumpang menerima beberapa cenderahati sebelum berlepas.

Ahmad Luqman, yang berada di KLIA untuk bertemu dan menyambut penumpang berkata, “Hari ini adalah satu detik bersejarah untuk syarikat penerbangan negara kita dengan penerbangan harian pertama dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Doha, Qatar. 

Kami gembira mengumumkan perkhidmatan baharu ini yang akan menjadi penerbangan ketiga kami ke Timur Tengah selepas Jeddah dan Madinah, yang akan memudahkan lagi perjalanan para pengembara serta meluaskan jejak global kami demi perhubungan tanpa halangan. 

Buat masa ini rekod menunjukkan kami mempunyai permulaan yang baik dengan penerbangan awal mempunyai sekitar 80% penumpang menempah penerbangan MH160 dan MH161.

Melalui kerjasama sedia ada kami dengan Qatar Airways dan perkhidmatan baharu ini ke Doha, para penumpang juga akan diberi akses ke 96 destinasi perkongsian kod (codeshare) melalui dua hab strategik, yang membenarkan pengembaraan lebih mudah. Ini juga akan menghidupkan semula sektor penerbangan dalam mencapai kapasiti sebanyak 70% seperti era sebelum COVID-19 sebelum hujung tahun.”

Perkhidmatan A330-300 akan beroperasi sehari sekali melalui penerbangan MH160/161 dengan 290 tempat duduk meliputi 27 tempat duduk kelas Perniagaan dan 247 Kelas Ekonomi. - Getaran, 26 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Restoran Nasi Kandar Terbakar, Lelaki Melecur 80 Peratus

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Ke Batam Mampu Rancakkan Sektor Pelancongan Malaysia - Indonesia

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Bryan Perbaharui Rekod Kebangsaan 100m Kuak Kupu-Kupu Di Doha

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Minta Rasuah Dari Pelancong: Polis Siasat Satu Lagi Kes Didakwa Di Langkawi

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi