web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Tiba Di Doha Untuk Lawatan 3 Hari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2024 8:13AM

Ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi di Doha bagi menghadiri Forum Ekonomi Qatar 2024. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini semalam untuk memulakan lawatan rasmi tiga hari bagi memenuhi undangan Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani dan menghadiri Forum Ekonomi Qatar 2024.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada kira-kira 9.37 malam Ahad waktu tempatan (2.37 pagi Isnin waktu Malaysia).

Ketibaan Anwar dan delegasi disambut oleh Timbalan Menteri Luar Negeri Qatar Sultan bin Saad Al Muraikhi bersama-sama Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan serta Duta Besar Malaysia ke Qatar Zamshari Shaharan.

Turut mengiringi Perdana Menteri ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Jadual sibuk menanti Anwar sepanjang tiga hari lawatan tersebut bermula dengan sambutan rasmi pada Isnin di pejabat pentadbiran Sheikh Tamim dilkuti makan tengah hari yang dihoskan oleh Amir Qatar itu.

Anwar turut dijadualkan bertemu rakan sejawatnya iaitu Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, yang juga Menteri Luar Negeri Qatar.

Kedua-dua pemimpin dijangka menyentuh mengenai perkembangan terkini konflik Palestin-Israel sekali gus meneruskan perbincangan mereka sebelum ini ketika bertemu di Riyadh, Arab Saudi pada akhir bulan lepas.

Turut menjadi tumpuan ialah pertemuan Perdana Menteri dengan 30 wakil syarikat di Qatar dalam usaha Malaysia menarik lebih banyak pelaburan ke dalam negara selain meneroka peluang kerjasama baharu antara kedua-dua negara yang menyambut ulang tahun ke-50 hubungan dua hala tahun ini.

Bellau juga akan menyampalkan sarahan umum di Perpustakaan Kebangsaan Qatar dan bertemu dengan kira-kira 400 hingga 500 rakyat Malaysia yang menetap di negara itu.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, dijadual menghadiri Forum Ekonomi Qatar pada selasa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong Zahir Kepercayaan Malaysia, China Terus Perkasa Kerjasama

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Masih Destinasi, Pilihan Terbaik Untuk Pelaburan - Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Pertahan Perjumpaan Dengan Hamas, Untuk Cari Penyelesaian Secara Aman

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran