web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Zahir Kepercayaan Malaysia, China Terus Perkasa Kerjasama

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2025 4:50PM

Yang di-Pertuan Agong bersalaman dengan Presiden Xi Jinping dalam lawatan ke Istana Negara hari ini - Gambar Istana Negara

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan kepercayaan bahawa Malaysia dan China akan terus memperkasa kerjasama kedua-dua negara, walaupun wujud pelbagai jurang geopolitik di seluruh dunia.

Menurut hantaran di Facebook Sultan lbrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah Malaysia menitikberatkan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan kolaborasi rantaian bekalan dan perindustrian, peningkatan ketersambungan, serta menegakkan prinsip hormat dan manfaat bersama dalam penglibatan dengan semua rakan kongsi termasuk China.

"Saya percaya terdapat potensi besar untuk syarikat dan pelabur China untuk meneroka peluang di sini kerana ia selari dengan kepentingan ketersambungan serantau dan pembangunan berkualiti tinggi di bawah Inisiatif 'Belt and Road' oleh China.

"Dengan insentif strategik yang kukuh serta lokasi yang baik, Hab Kewangan Khas Forest City di dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah muncul sebagai antara lokasi pelaburan utama rantau ini," titah Sultan Ibrahim.

Menurut hantaran tersebut Seri Paduka Baginda bertitah demikian ketika berucap pada pertemuan bersama Presiden China Xi Jinping di Istana Negara di sini, hari ini.

Sultan Ibrahim turut berkenan menjemput Kerajaan China untuk mempromosikan pertukaran bahasa antara kedua-dua negara.

Seri Paduka Baginda bertitah jumlah pertukaran pelajar antara kedua-dua negara telah meningkat dan Malaysia berhasrat untuk menghantar lebih ramai penuntut ke China untuk bertukar ilmu dan kebudayaan.

"Saya percaya bahasa adalah jambatan penting dalam mengukuhkan hubungan dua hala. Ke arah ini, saya berhasrat untuk giat mempromosikan Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim di Beijing Foreign Studies University (BFSU)," titah Seri Paduka Baginda.

Terdahulu Presiden Xi diberi sambutan negara di Istana Negara sempena Lawatan Negara selama tiga hari bermula semalam atas jemputan Sultan Ibrahim.

Lawatan kali ini menandakan kunjungan rasmi kedua Xi ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun, selepas kunjungan terakhir pada 2013 yang menyaksikan kedua-dua negara meningkatkan hubungan diplomatik kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.

Lawatan oleh Xi adalah sebahagian daripada siri Lawatan Negara pertama Presiden China itu pada tahun ini yang turut merangkumi Vietnam dan Kemboja.

Malaysia dan China telah menjalinkan hubungan diplomatik pada 31 Mei 1974. Kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun lepas.

Selama 16 tahun berturut-turut sejak 2009, China kekal sebagai rakan dagangan terbesar Malaysia.

Jumlah dagangan antara kedua-dua negara bernilai RM484.12 bilion pada 2024, mewakili 16.8 peratus daripada jumlah keseluruhan dagangan global Malaysia (RM2.88 trilion). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Mahu Muncul Sebagai Hab Kepimpinan AI - PM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Terima Baik Prinsip China, Asas Penting Sertai BRICS - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Masih Destinasi, Pilihan Terbaik Untuk Pelaburan - Anwar

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 22 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad