Berita Terkini

16 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Baulu Gulung Dan Tart Keju Farah Zulaika 'Wowkan' Pelanggan Dengan Warna, Lakaran

Selain baulu gulung, usahawan yang mahu dirinya disapa sebagai Farah, turut menghasilkan tart keju dihiasi pelbagai lukisan menarik di sebalik saiz kuih yang agak kecil.

Selera Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 8:02AM

Baulu gulung dan tart keju adalah dua jenis kuih malar hijau, sentiasa ada permintaan, bukan bermusim - Gambar Instagram @wowcakery

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Apabila disebut sahaja swiss roll atau baulu gulung; kebanyakan kita mengenalinya sebagai kek gulung; pastinya yang terbayang di mata adalah kek seakan roti buku dengan lapisan krim atau jem nanas atau strawberi di dalam gulungan.

Namun itu kisah dulu. Kini, penggemar pemanis mulut tersebut bukan sahaja boleh memenuhi tunas rasa dengan gabungan beberapa perisa seperti krim segar, beri biru dan strawberi tetapi juga mencuci mata menerusi warna dan lukisan menarik seperti yang diketengahkan oleh Farah Zulaika Nordin, 32.

Menggunakan jenama wowcakery, bekas akauntan itu ibarat menyelam sambil minum air kerana perniagaan tersebut bukan sahaja memberi pendapatan yang agak berbaloi dengan keuntungan bersih sekitar RM2,000 hingga RM3,000 sebulan, tetapi juga memenuhi minat melukisnya.

 Selain baulu gulung, usahawan yang mahu dirinya disapa sebagai Farah, turut menghasilkan tart keju dihiasi pelbagai lukisan menarik di sebalik saiz kuih yang agak kecil.

 

 MINAT MELUKIS

"Asalnya painted baulu gulung ini terkenal di Korea dan Jepun,” ujarnya, membuka cerita kepada Bernama baru-baru ini.

Menurutnya, secara kebetulan beliau bertemu dengan seorang pembuat kek yang membuka kelas di ibu negara pada 2015, dan setiap kali ada peluang beliau akan menyertai kelas itu.

“Dari situ saya belajar membuat kek gulung dan tart keju berlukis. Pada masa sama saya cuba-cuba ambil tempahan daripada ahli keluarga, saudara mara dan rakan,” katanya, menambah sambutan yang diterima agak menggalakkan.

"Saya memilih baulu gulung dan tart keju kerana dua jenis kuih ini adalah malar hijau, sentiasa ada permintaan, bukan jenis bermusim,” tambah ibu kepada seorang anak perempuan berusia dua tahun itu.

Menurutnya, membuat baulu gulung dan tart keju itu menjadi kerja sampingannya semasa bekerja di sebuah syarikat swasta.

“Selepas mendapat respons positif daripada keluarga dan saudara mara. Saya meluaskan perniagaan termasuk memanfaatkan platform media sosial seperti Facebook dan Instagram. Dari situ kek gulung dan tart keju saya mula dikenali dan saya menjadi tidak menang tangan.

“Pada 2018, saya memutuskan untuk menjadikan perniagaan itu sebagai 'kerja tetap’ dan melepaskan jawatan saya sebagai akauntan yang saya ceburi sejak 2014,” ujar lulusan perakaunan dan kewangan daripada Universiti Teknologi MARA tersebut.

Kongsinya, beliau bersyukur kerana keputusan itu mendapat sokongan suami dan juga keluarga walaupun tiada seorangpun dalam kalangan ahli keluarganya terbabit dalam bidang berkenaan.

 

AIR TANGAN SENDIRI SEPENUHNYA 

Bercerita lanjut, Farah berkata buat masa ini beliau menjalankan perniagaan itu di rumahnya di Taman Batu Muda, Gombak, Selangor.

“Segalanya saya lakukan sendiri, dari proses membuat adunan hinggalah kepada penghantaran, semuanya saya lakukan sendiri kerana saya tidak mengupah pekerja,” katanya lagi, menambah adakala suaminya turut membantu.

Menurutnya, sekalipun terasa agak jerih, beliau berpegang pada pesanan arwah bapanya agar beliau bersungguh-sungguh dalam berniaga.

“Arwah bapa, walaupun bukan peniaga, adalah antara penyokong kuat saya ketika saya mula-mula menceburkan diri dalam bidang ini,” kata Farah yang memulakan perniagaan itu dengan modal hanya RM500.

Mengenai keistimewaan air tangannya itu, beliau berkata selain berwarna-warni, pelanggan boleh memintanya melukis hampir apa sahaja yang diingini termasuk potret dalam bentuk kartun, bunga dan corak batik. 

“Gambar yang dilukis itu selamat dimakan kerana dilukis menggunakan tepung kek itu sendiri, manakala tart keju pula diminati pelanggan kerana 'kegebuannya’ selain inti yang penuh dan bersaiz sesuap, jadi mudah untuk dimakan. Di atasnya saya lukis emoji pelbagai ekspresi,” ujarnya.

Menurut Farah, beliau mengambil masa hingga dua jam, bergantung pada imej yang diminta pelanggan, untuk menyiapkan lukisan di atas baulu gulung sementara untuk tart pula boleh berlanjutan hingga empat jam bagi satu kotak besar kerana saiz kuih itu agak kecil.  

"Melukis di atas tart ini sangat sukar kerana saiznya yang kecil. Saya juga perlu berhati-hati ketika melukis agar lukisan tidak rosak,” sambungnya.

 

SASARAN 

Mengulas lanjut, beliau berkata baulu gulungnya dihasilkan dalam tiga saiz iaitu bentuk biasa sepanjang sembilan inci, saiz mini 3.5 inci dan baby roll iaitu dalam bentuk kepingan selebar satu inci masing-masing.

“Bagi tart keju, selain 25 biji  (kotak besar)  kita juga ada buat 10 biji untuk sekotak,” katanya, menambah harga untuk baulu gulung dan tart kejunya adalah dalam lingkungan RM30 hingga RM90.

Katanya lagi dalam sehari beliau boleh menyiapkan satu baulu gulung bersaiz biasa, 20 kotak besar tart keju bercorak batik dan dua kotak besar tart keju lain-lain corak.

Ujarnya buat masa ini tempahan diterima dari sekitar Lembah Klang.

“Pada masa akan datang saya merancang untuk membuka kelas baking buat mereka yang berminat belajar membuat baulu gulung dan tart keju. 

"Saya juga berhasrat mempunyai baking studio sendiri,” tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Budaya 10 bulan yang lalu

Remaja Raih Pendapatan Dengan Melukis

2

TARA 1 tahun yang lalu

Garis ke Gerakan: Lukisan Figura Dalam Animasi Rujukan Ilmiah Kontemporari

3

Refleksi 1 tahun yang lalu

Pelukis Pulau Pinang Cungkil Bakat Unik Dalam Lukisan Pisau Palet

4

Budaya 1 tahun yang lalu

RM100,000 Menanti Pemenang Pertandingan Lukisan POY 2022!

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Selera 6 jam yang lalu

Selepas 50 Tahun, Bubur Lambuk Tetel Masjid Jorak Elahi Tetap Diminati

Jelajah 1 hari yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

Kempen ‘Kiriman Raya’ bersama Pos Malaysia itu mencipta ‘Malaysia Book of Records’

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Gaya 3 jam yang lalu

Aidilfitri: Samping 'Segera' Lebih Mudah, Kemas Dan Semakin Jadi Pilihan 

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya