web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RM100,000 Menanti Pemenang Pertandingan Lukisan POY 2022!

UOB Malaysia menjemput pelukis Malaysia mencabar batasan imaginasi mereka di UOB Painting of the Year.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 9:45AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena ulang tahun ke-71, UOB Malaysia melancarkan pertandingan UOB Painting of The Year 2022 (POY 2022) dan menjemput para pelukis tempatan untuk mencipta karya seni mereka.

POY 2022 merupakan pertandingan dan salah satu anugerah seni tahunan paling berprestij di Asia Tenggara yang bertujuan mencungkil dan memupuk bakat seni di seluruh rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Ng Wei Wei berkata, seni mempunyai daya untuk meluahkan emosi, mencetuskan pemikiran serta menyatukan para penggiat seni dari segala lapisan masyarakat.

“Dengan tema ‘Optimisme’, ia sejajar dengan tempoh kita beralih ke fasa menuju masa hadapan yang lebih cerah dan penuh makna.

“Melalui pertandingan ini, kami akan terus mencungkil bakat seni di Malaysia dan mempromosikan mereka di peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Terdahulu, pemenang POY 2021, Saiful Razman dengan karyanya, ‘Walk in Silence’ telah berjaya memenangi POY Asia Tenggara, menjadikannya rakyat Malaysia pertama yang memenangi anugerah berprestij tersebut.

Saiful akan menyertai program residensi pelukis di Galeri Seni UOB, Shanghai, China sebagai sebahagian daripada sambutan ulangtahun ke-40 pertandingan ini. 

Sementara itu, pemenang POY 2019, Cheng Yen Pheng dan pemenang POY 2020, Sabri Idrus telah dipilih untuk program residensi pelukis di Muzium Seni Asia, Fukuoka, Jepun.

Barisan pemenang edisi terdahulu ini turut berpeluang mempelajari budaya seni negara tuan rumah masing-masing.

Panel hakim POY 2022 terdiri daripada Pensyarah Kanan Institut Seni Malaysia, Bibi Chew, pelukis kontemporari terkemuka, Choy Chun Wei dan Ahmad Fuad Osman, Hakim Anugerah Muda Sezaman Balai Seni Negara.

Sebagai galakan kepada peserta POY 2022 pula, UOB menawarkan pemenang dengan program residensi pelukis selama sebulan di pelbagai muzium seni berprestij di Asia.

Bakal pemenang utama dari Malaysia akan menerima RM100,000 dan berpeluang untuk bertanding di UOB POY Asia Tenggara berserta memenangi wang tunai USD$10,000.

Terbuka untuk warganegara Malaysia, penyertaan dibuka sehingga 31 Julai 2022 di POY 2022. - Getaran, 28 Jun 2022

Gambar: UOB Malaysia

Berita Berkaitan

1

Gaya 3 hari yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

2

Gaya 2 minggu yang lalu

Rumah Kecil, Banyak Fungsi, Kenapa Rakyat Malaysia Kini Cari Perabot Fleksibel

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Ulang Tahun Ke-30 IKEA Malaysia: Membina Ruang, Mengukir Kenangan Bersama Rakyat Malaysia

4

Gaya 1 bulan yang lalu

ICE-WATCH Malaysia Perkenal Bewatch Chrono, Jam Tangan Maskulin Untuk Gaya Hidup Moden

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi

Disyorkan untuk anda

Muzik 20 jam yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM5.5 Juta Dalam 4 Hari! Filem Seram Tempatan ‘Polong’ Cetus Fenomena, Gegar Pawagam Seluruh Negara

Polong bukan sahaja berjaya menarik peminat filem seram ke pawagam, malah turut mencetuskan gelombang perbualan di media sosial.

oleh Rahayu MN