web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja Raih Pendapatan Dengan Melukis

Menurut Afiq Affendi hasil jualan yang diperoleh disimpan sebagai tabung pendidikan untuk menjejakkan kaki ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi mengejar cita-cita sebagai pereka grafik.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 8:00AM

Pelukis mural Afiq Affendi Zamiri, 18, tekun menyiapkan lukisan mural pada dinding sebuah kedai peralatan peralatan sukan dan mainan di Bandar Baru, Gua Musang - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Seorang remaja lelaki tidak mensia-siakan bakat melukis dimilikinya sejak tiga tahun lepas sehingga berjaya menjual hampir 1,000 karya seperti potret, pemandangan, mural, kartun anime, 3D, abstrak dan realisme.

Afiq Affendi Zamiri, 18, berkata dia mula melukis sejak berusia lapan tahun hasil tunjuk ajar daripada bapanya.

“Kira-kira tiga tahun lepas saya beranikan diri mengambil upah melukis selepas memperkemaskan hasil kerja melalui kelas pendidikan seni visual di sekolah. 

“Kini setelah tahun ketiga aktif menerima tempahan saya berjaya menghasilkan hampir 1000 karya. Upah paling banyak terima adalah lukisan potret yang dikenakan bayaran berpatutan iaitu antara RM25-RM80 bergantung kepada saiz lukisan,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Bandar Baru, di sini.

Bercerita lanjut, anak kedua dari tiga beradik itu berkata antara cabaran dihadapinya adalah perlu menyiapkan lukisan dengan baik tanpa memanjangkan tempoh menunggu oleh pelanggannya.

“Saya pernah bekerja dalam keadaan cuaca panas ketika menyiapkan mural di dinding bangunan dan kedai, dan ada kalanya saya tetap bekerja dalam bulan Ramadan,” katanya. 

Menurut Afiq Affendi hasil jualan yang diperoleh disimpan sebagai tabung pendidikan untuk menjejakkan kaki ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi mengejar cita-cita sebagai pereka grafik.

“Saya iklankan perkhidmatan ini melalui WhatsApp dan tujuannya untuk saya mencari pendapatan sendiri kerana ingin berdikari serta tidak mahu susahkan ibu bapa," katanya yang turut mendapat tunjuk ajar Pakar Pengajar Dan Pakar Industri Negara 2016 Zakariya Mamat, 67. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

3

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Lelaki Termasuk Remaja Bawah Umur Ditahan Berkait Kes Culik

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel