Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Garis ke Gerakan: Lukisan Figura Dalam Animasi Rujukan Ilmiah Kontemporari

Buku berjudul Garis ke Gerakan: Lukisan Figura Dalam Animasi mengandungi huraian, perbincangan dan contoh-contoh tentang lukisan figura dalam animasi, hasil karya Fariz Ghazali dan Rasfan Abu Bakar.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2023 3:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Buku berjudul Garis ke Gerakan: Lukisan Figura Dalam Animasi merupakan sebuah naskah rujukan yang mengandungi huraian, perbincangan dan contoh-contoh tentang lukisan figura dalam animasi, hasil karya dua orang pensyarah berpengalaman luas dalam dunia seni visual dan akademik tanah air iaitu Fariz Ghazali dan Rasfan Abu Bakar.

Buku ini mengandungi 13 bab dan setiap satunya dihuraikan dengan ringkas agar mudah untuk difahami. Di antara bab tersebut adalah Teknik Lukisan Figura, Proses Pemerhatian, Lukisan Berstruktur, Lukisan Gesture serta Cahaya dan Bayang.

Selain daripada itu terdapat dua artikel yang ditulis oleh penulis jemputan iaitu Zuriyadi Sarpin dari Balai Seni Negara dengan tajuk Garis ke Gerakan: Lukisan Figura dalam Animasi. Zuriati Shaari dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan tajuk Figura Manusia Sebagai Tema Penghasilan Karya.

Rasfan (kiri) dan Fariz
Rasfan (kiri) dan Fariz

Buku ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Amir Hamzah selaku Presiden Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS).

Menurutnya, pihak ANIMAS berasa sangat kagum dengan pencapaian hebat oleh semua yang terlibat dalam penerbitan buku ini.

Hal ini dimaksudkan demikian kerana buku Garis ke Gerakan menumpukan kepada kaedah lukisan secara sistematik berkaitan subjek figura dalam animasi. Ia juga merupakan satu tanda aras baru berhubung kerjasama di antara pihak industri dan akademik.

Memahami Teknik Lukisan Figura

Salah satu kandungan dalam buku ini ialah bab Teknik Lukisan Figura. Bab ini menerangkan tentang dua teknik yang sering digunakan iaitu teknik melakar bongkah-bongkah asas serta teknik melukis berlapis-lapis dengan menggunakan garisan, rupa dan bentuk yang memerlukan pemerhatian lebih jitu.

Kaedah pertama melatih pelukis untuk memahami manakala kaedah kedua pula lebih kepada meniru. Teknik ini sangat sesuai buat sesiapa sahaja yang baru berjinak-jinak untuk belajar melukis figura manusia.

Bab Proses Pemerhatian memperincikan tentang teknik melatih mata dengan memberi tumpuan kepada subjek yang hendak dilukis. Ia menekankan kepada latihan melihat dan memerhati dengan lebih lama agar lukisan yang dihasilkan itu lebih terperinci.

Bagi bab Lukisan Berstruktur pula, ia membimbing pembaca dengan kepelbagaian pendekatan yang menggabungkan pemahaman anatomi pada sudut yang berbeza. Topik ini memberi penekanan kepada membina struktur rangka manusia yang dipermudahkan kepada beberapa bentuk asas 3D yang membentuk sebahagian besar tubuh badan. Bongkah-bongkah asas seperti silinder dan sfera dikembangkan satu per satu dan terhasillah struktur figura manusia.

Artikel sumbangan Zuriyadi Sarpin pula memberi pengisian tentang perkembangan seni lukis yang berkaitan dengan animasi di Malaysia.

Menurutnya lagi, apabila menyentuh tentang sejarah animasi negara, kita tidak akan dapat lari dari menceritakan kehebatan Bapa Animasi Malaysia iaitu Hassan Muthalib dengan kisah “Hikayat Sang Kancil” yang menjadi satu fenomena buat anak-anak membesar pada tahun 1970 dan 1980.

Zuriati Shaari pula mengupas tentang sejarah lukisan figura sejak zaman Renaissance. Menurutnya era pertengahan Renaissance menyaksikan Leonardo Da Vinci berjaya mencipta ‘The Vitruvian Man’ pada sekitar tahun 1487. Ia merupakan hasil kajian Leonardo dalam bidang sains dan seni berkenaan kadar banding tubuh manusia.

Beberapa tahun kemudian dengan merujuk kepada teori kadar banding tubuh manusia milik Leonardo, Le Corbusier seorang arkitek dari Perancis yang terkenal dengan penghasilan rekaan bangunan dengan gaya moden telah berjaya menghasilkan satu kaedah baru iaitu ‘The Modular Man’.

Kaedah ini merupakan satu sistem kiraan dan skala merujuk kepada kadar banding tubuh lelaki yang sedang mengangkat tangan. Bermula dari situ sistem dan skala pengiraan kontemporari telah berjaya dibagun dan digunakan sehingga ke hari ini.

Menurut penulis buku Fariz Ghazali, inisiatif penghasilan naskah ini adalah bagi menyahut saranan pihak Malaysia Qualification Agensi (MQA) agar mendokumentasikan karya-karya pelajar kerana ia boleh dijadikan modul serta bahan untuk pengajaran dan pembelajaran (pdp). Selain itu ia juga merupakan satu langkah ke hadapan untuk memperkayakan lagi bahan ilmiah yang ditulis oleh ahli akademik di Malaysia.

Rasfan Abu Bakar pula menyatakan bahawa kerjasama diantara pihak akademik serta industri merupakan satu usaha yang sangat kontemporari. Ini bagi memastikan kualiti pendidikan adalah selari dengan kehendak pasaran semasa kerana para graduan akan menceburi bidang industri setelah tamat belajar. Jadi langkah ini adalah tepat dan menguntungkan semua pihak.

Buku Garis ke Gerakan: Lukisan Figura Dalam Animasi merupakan satu kerjasama diantara Fakulti Animasi & Multimedia ASWARA dengan Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS).

Naskah ini berbentuk digital (ISBN 978-967-17487-5-6) dan boleh dimuat turun secara percuma di laman Facebook Fakulti Animasi & Multimedia ASWARA. - Getaran, 15 Januari 2023

Isu Pada

'Kebangkitan' Farid Kamil

14 Jan 2023

Berita Berkaitan

1

Budaya 8 bulan yang lalu

Seafarer Menjinak Ombak

2

Budaya 11 bulan yang lalu

Remaja Raih Pendapatan Dengan Melukis

3

Selera 1 tahun yang lalu

Baulu Gulung Dan Tart Keju Farah Zulaika 'Wowkan' Pelanggan Dengan Warna, Lakaran

4

TARA 1 tahun yang lalu

'Black Panther: Wakanda Forever' - Pertempuran Sengit Yang Diakhiri Dengan Perdamaian 

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat