web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seafarer Menjinak Ombak

Seafarer adalah satu manifestasi terhadap fenomena laut yang menghasilkan pemandangan mengagumkan ketika saat matahari terbenam yang menakjubkan dan pantai berpasir putih yang mendamaikan.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2023 4:53AM

Keindahan fenomena laut yang memukau menjadi ilham buat Rasfan Abu Bakar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keindahan fenomena laut yang memukau pandangan memberi ilham buat artis multidisiplin Rasfan Abu Bakar untuk diterjemahkan dalam bentuk catan yang kini sedang dipamerkan dalam pameran solo ke-8. 

Pameran yang diadakan di Balai Seni Lukis Melaka ini adalah hasil karya terbarunya dan ia adalah kesinambungan daripada siri Admiral yang berlangsung pada 2019 di Kuala Lumpur. 

Bagi pameran kali ini Rasfan yang juga seorang pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) berjaya menampilkan 46 buah karya yang dihasilkan dengan menggunakan pelbagai media.

Seafarer adalah manifestasi Rasfan terhadap fenomena laut yang begitu dekat di hatinya. Hal ini dikatakan demikian kerana laut memiliki keindahan luar biasa, mempersonakan dan dapat menjadi sumber inspirasi yang tidak terbatas ketika menghasilkan karya. 

Keindahan landskap laut memberikan pemandangan mengagumkan seperti saat matahari terbenam yang menakjubkan, pantai berpasir putih, ombak  memecah di tebing dan taburan pulau-pulau yang eksotik. 

Keindahan landskap laut memberikan pemandangan  menakjubkan
Keindahan landskap laut memberikan pemandangan  menakjubkan

Selain itu, alunan ombak yang bergelora adalah salah satu sumber inspirasi yang luar biasa dan sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Keindahan, kekuatan dan gerakan ombak memberikan banyak elemen menarik yang kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk catan abstrak.

Melalui siri Seafarer ini, Rasfan memfokuskan kepada warna-warna terang dan garang. Ia adalah satu metafora terhadap keadaan laut yang sukar untuk ditawan mahupun dijinakkan. Siri ini juga banyak memaparkan sapuan berus ekspresif dan percikan warna spontan yang melatari hampir kebanyakan komposisi. 

Rasfan Abu Bakar sedang berkarya
Rasfan Abu Bakar sedang berkarya

Menurutnya bagi siri ini buat kali pertamanya, beliau melukis menggunakan berus 100 peratus. Berbeza dengan keadaan sebelumnya apabila Rasfan akan menggunakan pelbagai alat seperti penggelek, trowel dan pisau palet. 

“Setelah lebih 10 tahun melukis menggunakan pelbagai peralatan akhirnya saya kembali menggunakan berus sepenuhnya. Ini kerana saya inginkan kesan sapuan berus yang lebih jitu dan permukaan kanvas pula lebih licin dan tidak bertekstur” kata Rasfan.

Bagi pemilihan warna pula Rasfan masih mengadunkan warna panas dan warna sejuk secara seimbang. Pemilihan media warna juga adalah pelbagai  seperti cat industri, akrilik, tampera, emulsion, plaka dan dakwat cina. Bagi elemen garisan pula Rasfan memilih media kering seperti pensel warna, pen penanda dan oil bar.

Berbicaramengenai proses menghasilkan karya Rasfan menerangkan bahawa dia selalu menghabiskan waktu bersama keluarga di pantai-pantai peranginan. Rasfan juga akan menaiki bot untuk bersiar-siar dan keaadan laut yang bergelora ini memberi inspirasi buatnya untuk melukis. 

Bagi siri ini Rasfan mula berkarya sejak awal tahun lagi. Namun, semua penghasilan karya itu terhenti seketika setibanya bulan Ramadan. Selepas sambutan Aidilfitri, Rasfan kembali meneruskan tugasannya dan semua karya berjaya disiapkan beberapa hari sebelum pameran berlangsung. Jadi secara keseluruhanya hampir tujuh bulan proses berkarya ini berlangsung dan hasilnya sangat memuaskan.

Berkarya bukan satu kerja yang mudah kerana ia mengambil masa
Berkarya bukan satu kerja yang mudah kerana ia mengambil masa

Menurutnya lagi berkarya bukan satu kerja yang mudah kerana ia mengambil masa yang panjang dan menuntut banyak pengorbanan. 

“Saya sentiasa mendisiplinkan diri saya supaya terus berkarya agar kekal relevan dengan keadaan semasa. Disamping itu ia juga adalah satu kaedah kajian berasaskan praktis dan ini lebih mirip dengan tuntutan kerja hakiki saya”, terang Rasfan. 

Rasfan turut menambah bahawa dia tidak terikat untuk melukis sepanjang masa kerana pada masa yang sama Rasfan juga turut menulis, membuat pembentangan kertas kerja dan menyelia pelajar. 

Karya dihasilkan Rasfan Abu Bakar
Karya dihasilkan Rasfan Abu Bakar

Semua tanggungjawab ini dilakukan secara teratur dan dirancang terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah.

Bagi mereka yang gemarkan lukisan berbentuk abstrak bolehlah berkunjung ke pameran Seafarer di Balai Seni Lukis Melaka bermula dari 15 Julai sehingga 14 September 2023. 

Foto : Rasfan Abu Bakar

Penulis adalah kurator bagi pameran Seafarer

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Garis ke Gerakan: Lukisan Figura Dalam Animasi Rujukan Ilmiah Kontemporari

2

TARA 3 tahun yang lalu

'Black Panther: Wakanda Forever' - Pertempuran Sengit Yang Diakhiri Dengan Perdamaian 

3

TARA 3 tahun yang lalu

ANIFEST 2022: Pameran Animasi Yang Bertemakan Pendidikan Dan Karier 

4

TARA 4 tahun yang lalu

Mengintai Angkasa Raya Dengan Astrofotografi

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa