Berita Terkini

22 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Black Panther: Wakanda Forever' - Pertempuran Sengit Yang Diakhiri Dengan Perdamaian 

Ketiadaan pelakon utama 'Black Panther', Chadwick Boseman yang meninggal dunia akibat kanser benar-benar terasa dalam filem ini.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 8:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kisah ini bermula dengan Shuri bekerja dengan tekun untuk mencari penawar di makmal kerana abangnya T'Challa sedang menderita akibat penyakit yang tidak diketahui.

Apabila dia menemui ubat yang boleh membantu menyelesaikan penyakit misteri tersebut, ibunya Ramonda dengan sedih memberitahu bahawa abangnya telah pun meninggal dunia.

Wakanda mengadakan perarakan pengebumian untuk raja T'Challa. Setiap warganegara berpakaian putih dan mereka menari-nari sebagai tanda penghargaan di atas semua pengorbanan yang telah dilakukan oleh raja mereka.

Shuri dan Ramonda mengiringi keranda T'Challa keluar sehingga ke satu tempat dan sebuah kapal terbang tiba untuk membawanya naik ke udara. 

Setahun telah berlalu dan kini Ramonda telah menjadi Ratu bagi kerajaan Wakanda. Ramonda telah dipanggil oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan telah disoal berkaitan mineral vibranium yang ada dalam simpanan mereka. 

Ini kerana pihak Amerika mempersoalkan tentang keupayaan Wakanda untuk melindungi mineral itu serta kemampunya untuk mencipta senjata pemusnah yang berbahaya kepada penduduk bumi.

Ramonda pula telah membalas persoalan tersebut dengan memberi amaran agar jangan masuk campur dan jangan cuba untuk menghantar mana-mana pasukan khas untuk merampas vibranium kerana Wakanda akan bertindak balas dengan kejam.

Sementara itu di Lautan Atlantik, pasukan CIA yang diketuai oleh Dr. Graham telah berjaya mengesan mineral vibranium di dasar laut. Tetapi ada kerosakan telah berlaku terhadap peralatan yang mereka gunakan. 

Dua penyelam telah pergi ke dalam laut dan mendapati mesin pengesan vibranium mereka telah rosak. Kemudian kedua-dua penyelam itu dibunuh oleh penyerang yang tidak dikenali. 

Setelah itu sekumpulan orang misteri itu menyerang pula kapal utama yang terlibat dalam ekspedisi tersebut. Ramai askar telah dibunuh dan ketua kepada kumpulan misteri itu turut muncul dan namanya ialah Talokan Namor. 

 

Wakanda Dipersalahkan 

Kini Wakanda telah dipersalahkan atas kejadian tersebut dan pihak Amerika ingin menghukum mereka. 

Pada masa yang sama Talokan Namor telah menyalahkan Wakanda kerana pernah cuba untuk berkongsi mineral vibranium kepada dunia luar. 

Talokan Namor juga berasa kurang senang kerana pihak musuh telah datang untuk melombong vibranium di dasar laut mereka. Talokan Namor juga memberi amaran agar pihak Wakanda mencari sampai dapat siapa saintis yang mencipta alat pengesan vibranium itu atau mereka akan diperangi.

Ramonda menugaskan Okoye untuk pergi mencari saintis itu. Shuri juga turut serta walaupun ibunya membantah kerana risau akan keselamatannya serta statusnya sebagai pewaris takhta. 

Ramonda akhirnya mengalah dan membenarkan Shuri pergi untuk mencari siapa pencipta alat pengesan tersebut. Shuri dan Okoye pergi ke Virginia untuk bertemu Everett Ross seorang agen CIA yang juga sahabat baik mendiang abangnya. 

Tanpa diduga agen itu menyatakan bahawa saintis yang dicari itu merupakan seorang pelajar perempuan di MIT bernama Riri Williams. 

Riri terkejut dengan kedatangan Shuri di universitinya. Shuri pula menjelaskan tentang keadaan yang berlaku dan tanpa berlengah Riri membawa Shuri dan Okoye ke garaj di mana dia bekerja untuk menyiapkan semua projeknya. Tidak lama kemudian, ejen FBI tiba di garaj dan meminta mereka semua menyerah diri. 

Tanpa berlengah Riri memakai sut perisai besinya dan terbang ke udara manakala Shuri dan Okoye pula melarikan diri menggunakan kereta. 

 

Sainstis Jadi Buruan FBI dan Talokan Namor 

Bermulalah babak kejar mengejar di antara mereka dengan pihak FBI.  Ketika mereka fikir telah berjaya melarikan diri dari pihak berkuasa, muncul pula Talokan dan konco-konconya. Talokan berjaya mengalahkan mereka dan membawa Shuri dan Riri ke negara bawah laut untuk dijadikan tebusan. 

Okoye kembali ke Wakanda tetapi disebabkan kegagalannya memastikan Shuri selamat, Ramonda melucutkan pangkat Okoye sebagai jeneral dan kedudukannya sebagai Dora Milaje. Bagi menyelesaikan masalah berkaitan Shuri dan Riri, Ramonda pergi ke kepulauan Haiti untuk meminta pertolongan daripada Nakia, bekas kekasih anaknya, T'Challa.

Ramonda meminta bantuan Nakia untuk menyelamatkan Shuri kerana Nakia merupakan seorang agen yang cekap dan berpengalaman luas dalam hal perisikan. 

Nakia bersetuju dan telah pergi bercakap dengan seorang wanita kampung tempatan di Semenanjung Yucatan, tempat dimana Namor sering memunculkan diri. Wanita tua itu menggambarkan legendanya sebagai "K'uk'ulkan," atau Tuhan Ular Berbulu. Dengan maklumat yang berjaya Nakia kumpul itu maka bermulalah babak menyelamatkan Shuri dan Riri dari negeri bawah air.

Berang dengan terlepasnya tawanan tersebut, Namor mula mengumpulkan kekuatan tenteranya dan menyerang Wakanda melalui sungai. Bandar Wakanda lumpuh dan ditenggelami air. Ramai tentera terkorban termasuklah ratunya, Ramonda. 

Setelah selesai mengebumikan ibunya, Shuri mula mengatur langkah untuk menewaskan Namor dan tenteranya. Shuri juga turut melakukan kajian secara saintifik di dalam makmal untuk mencari jalan bagaimana menewaskan musuhnya. Setelah berjaya menemui kaedah itu, Shuri menyarung sut hitam untuk menjadi Black Panther dan bersiap sedia untuk berhadapan dengan Namor.

Bermulanya Aksi Pertempuran Wakanda -Namor 

Aksi pertempuran pun bermula dengan tentera Wakanda tiba dengan armada lautnya. Namor dan tenteranya pula menyerang dari pelbagai penjuru untuk menumpaskan semua yang berada didalam kapal tersebut. 

Black Panther juga tidak ketinggalan untuk turut serta untuk menumpaskan Namor. Seperti yang telah dirancang, Namor berjaya ditawan dan diletakkan di dalam pesawat dan membawanya jauh dari laut kerana kelemahannya adalah tidak boleh berjauhan dengan air. 

Di tepi pantai mereka berdua bertarung dengan aksi mendebarkan dan akhirnya Black Panther menang dan Namor tunduk menyerah kalah. Black Panther tidak mahu membunuh Namor sebaliknya memberi peluang untuk berdamai agar semua sengketa dapat diselesaikan. Black Panther dan Namor kembali semula ke laut dan askar kedua-dua pihak pun berhenti berperang.

Ketiadaan pelakon utama Black Panther, Chadwick Boseman yang meninggal dunia akibat kanser benar-benar terasa dalam filem ini. Hal ini kerana kejayaanya membawa watak Black Panther sangat berkesan dan tempatnya sukar diisi oleh pelakon lain. Filem Wakanda Forever juga kurang menarik dan jalan ceritanya juga agak mendatar. 

Banyak babak berbual-bual tanpa arah dan pelakonya pula kurang menjiwai watak masing-masing. Dari sudut yang lain pula, filem ini berjaya mengangkat wanita sebagai tunjang utama dalam kisah superhero yang seringkali dikuasai kaum lelaki. Ini kerana hampir semua watak utamanya dijayakan oleh kaum hawa. 

Seperti biasa jangan bangun dari tempat duduk kerana di penghujungnya penonton akan diperkenalkan dengan seorang pewaris takhta Wakanda yang baru! – Getaran, 3 Disember 2022 

Penulis merupakan pensyarah seni visual di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Isu Pada

Perjalanan Dua Dekad Marcell Siahaan

03 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Budaya 8 bulan yang lalu

Seafarer Menjinak Ombak

2

TARA 1 tahun yang lalu

Garis ke Gerakan: Lukisan Figura Dalam Animasi Rujukan Ilmiah Kontemporari

3

TARA 1 tahun yang lalu

ANIFEST 2022: Pameran Animasi Yang Bertemakan Pendidikan Dan Karier 

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Black Panther Baharu Adalah Seorang Wanita? Spekulasi Ini Tarik Perhatian Ramai

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu