Berita Terkini

12 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


ANIFEST 2022: Pameran Animasi Yang Bertemakan Pendidikan Dan Karier 

Sesuai dengan temanya pada tahun ini, sebanyak 19 buah studio dan institusi yang berkaitan dengan animasi turut sama memeriahkan festival ini.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2022 5:30PM

Gambar ANIFEST 2022

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah dua tahun menyepi akibat COVID-19, Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) kembali dengan acara signaturnya iaitu ANIFEST 2022 yang bertemakan Pendidikan dan Karier.

Festival Animasi yang ke- 6 ini telah berlangsung di KL Gateway pada 15 hingga 16 Oktober yang lalu.

Menurut Presiden Persatuan Animasi Malaysia (Animas), Amir Hamzah Hashim, festival ini dianjurkan bertujuan untuk mempromosi dan memberi pendedahan kepada penggiat animasi tempatan untuk memperkenalkan produk mereka. 

Menurutnya di Malaysia terdapat banyak rumah produksi yang menghasilkan karya berbentuk animasi tetapi kurang mendapat promosi. Justeru itu festival ini amat penting untuk mengangkat produk-produk animasi agar lebih terdedah kepada pengetahuan umum.

Selain itu ANIFEST 2022 juga dianjurkan bagi mengukuhkan lagi hubungan di antara pemain industri dengan dengan pihak pembuat barangan (merchandising) agar sesuatu produk itu dapat dipasarkan secara menyeluruh. 

Gambar ihsan ANIFEST 2022
Gambar ihsan ANIFEST 2022

Hal ini kerana penjualan barangan yang menggunakan imej sesuatu animasi itu boleh memberi hasil pulangan yang lebih lumayan serta menjana sumber ekonomi buat penggiat industri.

Sesuai dengan temanya pada tahun ini, sebanyak 19 buah studio dan institusi yang berkaitan dengan animasi turut sama memeriahkan festival ini.

Di antaranya adalah  Loceng Studio, Quest Animation dan Todak Academy, sementara  pusat pendidikan pula terdiri daripada Politeknik Ibrahim Sultan, Kolej Komuniti Selayang, ASWARA dan Kolej Poly-Tech Mara Ipoh.

Festival ini turut di isi dengan pelbagai program termasuk  melukis doodle, demo make up, sembang seni, pertandingan mewarna dan melukis karakter animasi. 

Bagi pertandingan doodle pihak penganjur telah bekerjasama dengan sebuah badan bebas yang dikenali sebagai Rasuah Busters.

Tujuan utamanya adalah untuk mendidik masyarakat tentang bahayanya gejala rasuah kepada negara. Justeru itu dengan menggabungkan imej kartun, animasi serta komik boleh menyedarkan masyarakat terutamanya kanak-kanak agar benci dan menjauhi gejala rasuah. - Getaran, 22 Oktober 2022 

Penulis merupakan pensyarah seni visual di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).
 

Isu Pada

I'm Ready To Romance - Theebaan G

22 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Budaya 8 bulan yang lalu

Seafarer Menjinak Ombak

2

TARA 1 tahun yang lalu

Garis ke Gerakan: Lukisan Figura Dalam Animasi Rujukan Ilmiah Kontemporari

3

Pendidikan 1 tahun yang lalu

Titih Pusaka Seni Aswara 2022 Ketengah Aspek Seni, Budaya Dan Warisan

4

TARA 1 tahun yang lalu

'Black Panther: Wakanda Forever' - Pertempuran Sengit Yang Diakhiri Dengan Perdamaian 

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut