web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Titih Pusaka Seni Aswara 2022 Ketengah Aspek Seni, Budaya Dan Warisan

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Dec 2022 7:00AM

Persembahan khas muzik tradisional pelbagai kaum sempena perasmian Program Titih Pusaka Seni ASWARA 2022 di Taman Tasik Metropolitan Kepong malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Buat julung kalinya elemen pendidikan, pelancongan, hiburan dan penjanaan ekonomi berteraskan seni, budaya dan warisan negara digabungkan dalam satu platform melalui penganjuran Titih Pusaka Seni ASWARA 2022.

Program anjuran Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang berlangsung dua hari bermula hari ini di Taman Tasik Metropolitan, Kepong, di sini selari dengan matlamat penganjuran program iaitu mempromosikan serta membawa seni budaya kepada masyarakat setempat dengan lebih dekat.

Program dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Saraya Arbi dan turut dihadiri Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik ASWARA Prof Madya Dr Khairul Azril Ismail.

Saraya dalam ucapan perasmiannya malam ini berkata MOTAC menyokong hasrat dan usaha yang digembleng Aswara dalam menganjurkan program Titih Pusaka Seni Aswara 2022 dengan objektif mengangkat serta mengkomersialkan kepelbagaian seni budaya dan warisan Malaysia secara menyeluruh.

 “Sesungguhnya saya berbesar hati dengan status Aswara kini yang berupaya menjadi pusat pengajian seni terulung di Malaysia dalam konteks seni, budaya dan warisan malah tegak berdiri sebagai agensi penggalakan ‘Edutainment dan Edutourism’ (Didik Hibur dan Pendidikan Berasaskan Pelancongan) di Malaysia.

“Sesungguhnya keupayaan ASWARA melahir dan membina pelapis serta pewaris bidang kesenian di Malaysia memberikan impak yang besar ke arah memartabatkan seni budaya dan warisan negara kita untuk terampil dengan lebih gemilang,” katanya.

Beliau berkata usaha itu juga dilahirkan melalui pendidikan seni yang menjadi penanda aras dalam melahirkan generasi masa depan yang lebih menghargai warisan kesenian negara dengan kesedaran ilmu sebagai teras utamanya.

Program Titih Pusaka Seni ASWARA 2022 turut menjadi platform buat usahawan industri seni kreatif dalam menjana ekonomi.

Selain itu, pelbagai pengisian menarik dan interaktif ditampilkan antaranya pameran seni, demonstrasi seni, menitih ilmu adiguru, jualan produk seni serta persembahan artis terkenal tanah air Datuk Jamal Abdillah dan kumpulan Floor 88.

Orang ramai turut berpeluang mendalami secara langsung sesi perkongsian ilmu bersama adiguru bertauliah dan hebat dalam bidang masing-masing seperti wayang kulit, makyung dan sebagainya.

Aswara berharap penganjuran program tersebut menjadi mekanisme terbaik dalam memperkasakan serta melestarikan warisan seni budaya agar tidak ditelan zaman sekali gus membentuk generasi muda yang cakna dalam mengapresiasi kekayaan seni warisan pusaka bangsa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Budaya 1 minggu yang lalu

Serpihan Hospital Lama Kuah, Langkawi 'Bernafas' Semula Dalam Karya Seni 

2

Budaya 2 minggu yang lalu

Hidap SMA, Ainaa Buktikan Seni Tiada Batas

3

Budaya 3 minggu yang lalu

Langkawi Jadi Kanvas Terbuka Seni Kontemporari

4

Budaya 1 bulan yang lalu

'Rain Rave' Meriahkan KL Sempena Hari Pekerja, Perkukuh Pelancongan & Ekonomi Tempatan

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

oleh Wartawan Getaran

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

oleh Sophia Ahmad