Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tip Diet Untuk Turunkan Berat Badan Dalam 10 Hari

Jika anda sedang berusaha menurunkan berat badan, jangan susah hati. Ada cara mudah untuk menghilangkan lemak-lemak yang tidak diingini.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2021 8:33AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tik tok! tik tok! Mungkin ketika ini ramai yang sedang membilang hari untuk bercuti setelah lama mengimpikannya. Selain buat persiapan dengan mencari penginapan sesuai bajet, apa lagi yang anda fikirkan sebelum bercuti? 

Kalau kaum wanita, memang banyak yang bermain di fikiran. Maklumlah semuanya harus sempurna. Pakaian yang cantik untuk OOTD, aksesori yang perlu digayakan dan tidak ketinggalan ialah bentuk badan. Kalau tidak percaya cuba tanya teman-teman wanita anda, berapa ramai yang mengaku sanggup mengikat perut semata-mata untuk tampil langsing ketika bercuti? 

Jika anda juga salah seorang yang sedang berusaha menurunkan berat badan, jangan susah hati. Ada cara mudah untuk menghilangkan lemak-lemak yang tidak diingini.  

Laman web Stylecraze ada memberikan 20 tip mudah dan ringkas untuk menurunkan berat badan dalam masa 10 hari. Jom semak dan amalkan. Tidak rugi pun mencuba.

1) Tambah pengambilan air kosong dalam diet harian. Kali ini minum 4 ke 5 liter air setiap hari.

2) Gantikan kopi dan teh dengan teh hijau. Teh hijau mampu menyingkirkan toksin dalam badan, malah ia juga rendah kalori.

3) Ambil jus perahan lemon dan madu pada setiap pagi ketika perut masih kosong. 

4) Kurangkan pengambilan karbohidrat terutamanya nasi putih. Gantikan dengan hidangan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayuran.

5) Tambah pengambilan protein kerana protein berperanan membina otot badan sekali gus sangat efektif mengurangkan lemak dalam badan.

6) Makan banyak makanan tinggi serat kerana ia membuatkan perut kenyang lebih lama.

7) Elakkan junk food dan makanan segera kerana makanan ini selalunya tinggi gula dan garam yang boleh memperlambatkan proses penurunan berat badan.

8) Bersenam dengan betul. Tubuh badan yang aktif membantu proses penurunan berat badan dengan cepat. Boleh joging, berenang, yoga atau apa saja senaman kardio yang diminati.

9) Jika mampu, hindarkan tiga ‘racun’ putih iaitu nasi, garam dan gula. Jika sukar melakukannya, kawal pengambilannya.

10) Kecilkan saiz hidangan. Jika dulu anda ambil dua keping roti ketika sarapan, kali ini ambil sekeping sahaja.

11) Jangan sesekali melangkau waktu makan kerana ia hanya membuatkan perut terlalu lapar sehingga anda makan lebih banyak daripada biasa.

12) Ambil buah-buahan yang tinggi kandungan air dan rendah kalori seperti tembikai, betik, dan strawberi.

13) Pilih snek berkhasiat jika anda suka mengunyah sebelum tiba waktu makan.

14) Jangan ambil hidangan lengkap melebihi tiga kali sehari.

15) Dapatkan tidur berkualiti. Masuk tidur dan bangun tidur pada waktu yang sama pada setiap hari.

16) Simpan makanan berkhasiat di dapur. 

17) Cuba buang tabiat snacking dengan minum banyak air kosong.

18) Dapatkan kebaikan cahaya matahari. Kajian menunjukkan mereka yang cukup vitamin D kurang stres. Apabila kurang stres, berat badan lebih mudah dikurangkan.

19) Timbang berat badan setiap dua hari untuk pastikan berat badan tidak tersasar.

20) Jangan mudah berputus asa jika mengikuti program diet. 

Selamat mencuba! - Getaran, 1 November 2021

Gambar : Unsplash dan Pexels

Berita Berkaitan

1

TARA 6 bulan yang lalu

Mengurus Belanja Dapur: 5 Tip Mendapat Lebih Untuk Wang Anda

2

Semasa 10 bulan yang lalu

TIP 2023, Peningkatan Taraf Malaysia Mampu Bantu Negara Lebih Tegas - Nazri 

3

Selera 11 bulan yang lalu

Nak Tukar Selera? - Ayuh Cuba 2 Resipi Mudah Berasaskan Sup Oden Untuk Tukar Selera

4

Selera 11 bulan yang lalu

Tiga Bahan Tambahan Mudah Dan Seimbang Yang Anda Boleh Cuba Dalam Masakan Mi Segera

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki