web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lee Soo-Hyuk Jejak Kaki Ke Malaysia, Pavilion KL Sesak Dengan Peminat 

Diterbangkan khas oleh Tonton sempena tayangan eksklusif drama thriller terbaharunya, S LINE

Selebriti Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2025 9:22PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lebih 2,000 peminat membanjiri Bukit Bintang pada Rabu lalu untuk bertentang mata dengan Lee Soo-hyuk.

Aktor dan model kacak dari Korea Selatan ini hadir ke Kuala Lumpur buat pertama kalinya, eksklusif untuk meraikan acara Galaxy Unfolds Roadshow yang berlangsung di Pavilion KL. 

Diterbangkan khas oleh Tonton sempena tayangan eksklusif drama thriller terbaharunya, S LINE, kehadiran Lee Soo-hyuk dinanti dengan sorakan gemuruh dan gelombang peminat yang setia menunggu sejak awal. 

Pavilion KL mula dibanjiri oleh peminat tegar Soo-hyukseawal jam 1 tengah hari walaupun aktor ini dijadualkan tiba pada jam 5 petang. 

Ramai sanggup menunggu berjam-jam demi mendapatkan posisi terbaik yang paling hampir dengan pentas utama.  

Menjelang 3 petang, setiap penjuru Concourse Utama menjadi padat, setiap laluan utama, eskalator, dan tingkat atas dipenuhi wajah-wajah penuh harapan ingin melihat ‘oppa’ kegilaan ramai itu dari dekat.

Detik paling 'gila' berlaku sebelum acara bermula, apabila gelombang peminat yang dahagakan pertemuan dengan Lee Soo-hyuk, bergerak secara beramai-ramai dari Lot 10 menuju ke pintu masuk utama Pavilion KL. 

Antara yang mencuri perhatian ialah peminat yang mengangkat sepanduk bertulis “Lee Soo-hyuk’s die-hard fan is here!!!” Dengan sepanduk pelbagai saiz—termasuk sepanduk khas "Tonton❤️Lee Soo-hyuk".

Mereka membentuk satu konvoi mini yang penuh semangat, lengkap dengan sorakan dan jeritan, persis sebuah perarakan selebriti yang lazimnya hanya dilihat di kaca TV!

Saat kelibat Lee Soo-hyuk muncul, seluruh Pavilion KL seakan bergegar. Jeritan peminat meletus serentak, ada yang melompat-lompat dan tidak kurang juga yang dilihat mengalirkan air mata kerana terlalu gembira.

Suasana tegang bercampur gembira itu benar-benar menyerupai sebuah konsert K-Pop berskala mini, di mana setiap gerak-geri bintang itu disambut dengan reaksi luar biasa. 

Di celah-celah keriuhan, terlihat seorang peminat di hadapan pentas menangis teresak-esak, bukti betapa 'gila'nya peminat Malaysia terhadap Lee Soo-hyuk.  

Bukan hanya warga kota, ramai peminat juga dikesan datang dari luar Kuala Lumpur, termasuk Pulau Pinang dan Johor, membawa sepanduk besar sebagai tanda sokongan yang tidak berbelah bahagi. 

"I’m so happy to finally meet Malaysian fans. I’m super nervous right now. Thanks for supporting me," luah Soo-hyuk, sambil mengakui terkejut dengan lautan manusia yang hadir.  

Beliau juga menyatakan harapannya untuk datang semula ke Malaysia, “I hope to visit Malaysia more. Thank you Samsung for giving this opportunity.”

Sebelum meninggalkan pentas, Soo-hyuk sempat bertutur dalam Bahasa Melayu, “Aku cinta padamu” yang membuatkan Pavilion KL gamat dengan sorakan dan tepukan gemuruh. 

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan lakonan Lee Soo-hyuk dalam drama thriller terbaharu, S LINE, yang kini boleh distrim secara eksklusif di Tonton. 

Dua episod pertama telah ditayangkan serentak dengan waktu siaran Korea pada 11 Julai lalu.  

Jangan lepaskan peluang untuk meleraikan misteri di sebalik dunia S LINE sekarang! - Getaran, 18 Julai 2025

Foto : Tonton

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang