web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 4, Aktor Kamal Bakar Meninggal Dunia

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2024 9:41AM

Allahyarham Kamal Bakar - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MKUALA LUMPUR - Selepas sekian lama menghidap kanser paru-paru, aktor veteran, Pelakon veteran, Kamal Bakar, 62, akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka, awal pagi tadi.

Anak sulungnya, Hanis Kamal, 35 dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia berkata, Allahyarham meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada jam 1 pagi. 

Katanya, jenazah bapanya akan diuruskan di Hospital Melaka terlebih dahulu sebelum dibawa ke Masjid Bukit Baru, Melaka.

“Jenazah Allahyarham akan disolatkan, dimandikan dan dikafankan di masjid berkenaan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru, Melaka," katanya.

Allahyarham Kamal sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan nazak sejak Sabtu lalu, selepas dua minggu dirawat di ICU Hospital Melaka.

Beliau dimasukkan ke Hospital Melaka pada 3 Jun apabila tahap kesihatannya semakin merosot dan disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.

Getaran mengucapkan takziah kepada seisi keluarga Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. - Getaran, 25 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM