web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Yusuf Islam Bakal Wujudkan ‘Peace Train’ Di Malaysia

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2024 2:13PM

Yusuf Islam - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Yusuf Islam, pemuzik dari Britain yang dahulunya dikenali sebagai Cat Stevens, merancang untuk menubuhkan sebuah pertubuhan amal, Peace Train di Malaysia, tidak lama lagi.

Penyanyi dan penulis lagu itu memberitahu BERNAMA bahawa beliau memilih Malaysia sebagai cawangan bagi menubuhkan Peace Train pertama di luar negara, kerana imej negara ini.

"Peace Train ialah organisasi aktif yang menghantar makanan ke pihak perbandaran, kem pelarian dan kadangkala ke sekolah.

"Di UK (United Kingdom), kami membantu banyak kanak-kanak yang sangat miskin. Ini jenis projek yang kami lakukan, berdasarkan ajaran Nabi Muhammad (saw) untuk memberi makan kepada orang ramai dan menyebarkan keamanan," katanya.

Ditanya sama ada pertubuhan amal itu akan ditubuhkan pada tahun ini, beliau menjawab: "Ya, jika kita boleh melepasi kerenah birokrasi."

Yusuf berkata beliau telah menyampaikan rancangan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Beliau (Anwar) sangat mengalu-alukan. Beliau sedang menunggu stesen (Peace Train) dibuka," katanya.

Sejak April 2020, Peace Train telah menyediakan hampir empat juta makanan di UK dan di luar negara.

Peace Train ialah lagu ciptaan pada 1971 oleh Stevens yang diambil dari album Teaser and the Firecat.

Lagu itu melonjak naik ke No.7 carta Billboard Hot 100 AS pada minggu 6 November 1971, sekali gus ia menjadi lagu terbaik dalam US Top 10 hit.

Penyanyi itu memeluk Islam pada 23 Disember1977, dengan menukar nama kepada Yusuf Islam pada 1978. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Yusuf Islam Jemputan Istimewa Majlis Syarahan MADANI

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Yusuf Islam Kecam Serangan Israel

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN