web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Yusuf Islam Kecam Serangan Israel

Penyanyi, penulis lagu, pemuzik terkenal Britain itu turut bersedih mengenangkan nasib rakyat Palestin yang kini berdepan kekejaman Israel, menegaskan: “Tiada siapa yang terlepas daripada keadilan Tuhan”

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2023 12:36PM

gambar aplikasi X Yusuf Islam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi terkenal tahun 60-an yang dahulunya dikenali sebagai Cat Stevens menitiskan air mata apabila mengenang nasib yang menimpa rakyat Palestin, sekali gus mengecam keganasan yang dilakukan oleh tentera Israel.

Menerusi hantaran di X, Yusuf berkata tindakan Israel adalah tidak relevan memandangkan ia adalah tanah milik rakyat Palestin.

“Saya sedih hingga menitiskan air mata apabila mengingatkan keadaan mangsa, namun hati kembali tenang apabila menyedari bahawa tiada siapa yang akan terlepas daripada keadilan Tuhan.

“Dunia adalah satu dan ia adalah milik kita, semua makhluk dan ia mempunyai ruang untuk semua orang.

“Saya melihat keganasan yang berterusan di Asia Barat tidak masuk akal apabila lelaki, wanita dan kanak-kanak disembelih dan dihalau dari rumah mereka,” jelasnya.

Yusuf berkata, pihak Zionis juga tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk melakukan serangan itu, melainkan dengan hasrat untuk merampas kedaulatan negara berkenaan.

“Tidak ada sebab kecuali untuk melakukan rampasan dan mengaut keuntungan yang sangat besar.

“Tiada kata-kata yang boleh saya gambarkan mengenai ejen kegelapan yang keji lagi hina itu,” tegasnya.

Pada masa sama, Yusuf turut melahirkan rasa syukur atas hidayah yang diberikan oleh Allah SWT ketika berada di kota suci Makkah.

Malah, beliau gembira dengan usaha menangani kekeliruan terhadap Islam dalam kalangan orang bukan Islam di negara Barat, tempat dia dilahir dan dibesarkan.

“Walaupun, dilahir dan dibesarkan dalam budaya Barat, saya gembira dapat menyaksikan usaha menangani prasangka terhadap Islam dan penganutnya.

“Saya juga rasa bertuah kerana telah menemui jalan saya dan berpeluang berdoa di kedua-dua kota suci Baitul Maqdis dan Makkah,” ujarnya.

Ketika ini, hampir 20,000 orang hilang tempat tinggal susulan serangan di selatan Lubnan, manakala ratusan ribu penduduk Palestin terpaksa meninggal kediaman sejak awal Oktober berikutan meletusnya perang di Gaza. – Getaran, 24 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

4

Semasa 8 bulan yang lalu

FFCxTMTGM Hampiri Zon Kuning, Conscience Perlahankan Pergerakan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN