web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sarimah, Dharma Harun Terima Sumbangan Peribadi PM

Kedua-dua bintang filem veteran itu berada dalam keadaan uzur kerana pelbagai penyakit

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2024 8:25AM

Ahmad Farhan Fauzi (tiga, kanan) ketika menziarahi Sarimah Ahmad (dua, kanan) semalam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam kesibukan melaksanakan tugas sebagai pemimpin tertinggi negara, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah alpa dengan kesusahan dialami penggiat seni.

Buktinya, beliau semalam mengarahkan Setiausa Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi untuk menyampaikan sumbangan kepada dua bintang filem veteran, seniwati Datuk Sarimah Ahmad dan aktor Dharma Harun Al Rashid.

Kunjungan berkenaan turut dikongsi Perdana Menteri menerusi akaun Facebook rasmi beliau.

Sarimah Ahmad tidak dapat menahan kesedihan ketika berkongsi kisah menghidap kanser usus tahap tiga pada 2022
Sarimah Ahmad tidak dapat menahan kesedihan ketika berkongsi kisah menghidap kanser usus tahap tiga pada 2022

Menurut Anwar, kedua-dua bintang veteran itu pernah mewarnai industri hiburan tanah air menerusi lakonan yang amat cemerlang.

“Mereka yang pernah terkenal dalam pentas layar negara menerusi karya masing-masing kini diuji dengan musibah penyakit yang amat mengesankan.

“Dalam pertemuan ini, saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan harian dan perubatan mereka,” katanya.

Perdana Menteri menerusi hantaran ringkas tersebut turut mendoakan kedua-dua mereka segera sembuh daripada penyakit dialami. 

“Saya mendoakan mereka berdua dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, Insya Allah,” katanya.

Sarimah, 82 yang memukau ramai dengan kehebatan lakonannya dalam deretan filem popular sebelum ini dilaporkan menghidap kanser usus tahap tiga pada 2022.

Terkenal dalam filem antaranya Ibu Mertuaku, Ali Baba Bujang Lapok, Tiga Abdul, Madu Tiga dan Dia Ibuku, beliau bagaimanapun bebas daripada penyakit berbahaya tersebut selepas menjalani rawatan serta pembedahan.

Ahmad Farhan Fauzi memyampaikan sumbangan kepada Dharma Harun Al Rashid
Ahmad Farhan Fauzi memyampaikan sumbangan kepada Dharma Harun Al Rashid

Dharma Harun yang terkenal menerusi filem Adik Manja pula masih mengalami beberapa kesan sampingan seperti kesukaran bertutur dan mengingati sesuatu selepas diserang angin ahmar empat tahun lalu.

Beliau juga disahkan menghidap asma dan perlu menerima rawatan dengan kerap. - Getaran, 16 Februari 2024

Semua gambar - Facebook Anwar Ibrahim

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 4 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN