web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hamdan Senario Sudah Tiada

Hamdan sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA selepas mengalami masalah kesihatan akibat komplikasi buah pinggang

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2024 2:32PM

Ahmad Hamdan Mohamed Ramli - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas lima hari menerima bantuan pernafasan kerana jangkitan kuman dalam darah, pelakon yang juga ahli kumpulan Senario, Ahmad Hamdan Mohamed Ramli menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 12.50 tengah hari tadi.

Ahmad Hamdan atau lebih dikenali sebagai Hamdan Senario, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Menurut Sinar Harian, pemergian Hamdan disahkan anak bongsunya, Nur Natasya Umairah.

Sementara itu, rakan Allahyarham, Azlee Jaafar atau Azlee memaklumkan, jenazah rakannya itu akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak selepas semua urusan selesai dilakukan.

Hamdan sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA selepas mengalami masalah kesihatan akibat komplikasi buah pinggang.

Alahyarham sepatutnya menjayakan program Wonderful Night with Senariounion, iaitu acara amal untuk mengutip sumbangan  bagi membantu artis veteran tanah air yang memerlukan.

Program tersebut terpaksa diteruskan tanpa ketiadaan Hamdan, bagi menghormati pelbagai pihak, khususnya peminat yang sudah membeli tiket.

Getaran mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan seluruh kumpulan Senario, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. - Getaran, 5 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

2

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

3

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

4

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

5

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

6

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN