web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Raja Gelek, M Daud Kilau meninggal dunia

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2023 6:51PM

gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN: Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau, 85, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Teluk Intan (HTI) di sini, pada jam 4.40 petang tadi.

Memetik laporan BH, pemergian Allahyarham dikongsi cucunya dikenali sebagai Hasnor Ikram melalui Instagram Story.

"Datuk saya, Mohd Daud bin Kilau telah hembuskan nafasnya yang terakhir sebentar saja tadi... Al-Fatihah," katanya.

Sebelum ini, M Daud yang terkenal dengan dendangan malar segar seperti Cek Mek Molek dilapor pernah dimasukkan ke HTI selepas mengadu sesak nafas, selain pernah menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

Allahyarham M Daud yang dilahirkan di Bagan Datoh, Perak aktif dalam bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio di Singapura pada 1968 mendendangkan lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis.

Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balah Baroh, Bagan Datuk selepas zuhur esok. - Getaran, 18 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas