web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Faizal Tahir Lelong Barangan Peribadi Demi Palestin

Lelongan dibuat pada acara amal Faith4Palestine, yang turut menampilkan beliau sendiri, artis jemputan dan Nadir Al-Nuri dari Cinta Gaza Malaysia

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2023 8:39AM

gambar Universal Music Malaysia

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir menerusi cabang aktiviti kemanusian beliau, iamFaithmen dan syarikat rakaman miliknya, Faithful Music bakal menganjurkan Faith4Palestine. Ia adalah acara amal bertujuan mengumpul dana  bantuan kemanusiaan untuk Palestin.

Acara amal itu bakal menampilkan persembahan akustik oleh Faizal dan artis jemputan, selain sesi podcast Faizal bersama Nadir Al-Nuri dari Cinta Gaza Malaysia dan sesi lelongan amal barangan peribadi Faizal.

Faith4Palestine dijadualkan berlangsung pada 12 November 2023 di Royale Chulan, Damansara bermula jam 2 petang hingga 4 petang. 

Menurut Faizal, tujuan utama Faith4Palestine adalah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai sejarah bumi Palestin dan cabaran berterusan yang dihadapi oleh rakyatnya, selain usaha yang boleh dilakukan untuk membantu mereka.  

“Ini bukanlah acara hiburan semata-mata. Kami adakan sesi perbincangan terbuka (podcast) bersama Cinta Gaza Malaysia dan juga bidaan barangan peribadi saya.

“Faith4Palestine adalah satu usaha untuk membantu keluarga kita yang sekarang ini sangat memerlukan bantuan dan perhatian.

“Semoga semua yang hadir dapat sesuatu yang berfaedah selepas mereka pulang ke rumah,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata: “Muzik adalah satu elemen yang penting dalam kita menyampaikan mesej. Saya sentiasa pastikan setiap lagu yang saya buat membawa maksud yang positif dan dapat memberi sesuatu kepada komuniti”.

Justeru, rebutlah peluang untuk menyertai acara amal ini bagi membantu rakyat Palestin.

Tiket dijual pada harga RM99 dan semua keuntungan daripada kutipan akan disalurkan terus kepada tabung bantuan Palestin melalui rakan pertubuhan bukan kerajaan, Cinta Gaza

Malaysia. 

Pembelian boleh dibuat di laman web acara, www.ticket2u.com.my atau terus ke http://t2u.asia/e/33456 - Getaran, 9 November 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Isu Palestin, Hak Asasi Manusia Dan Kedaulatan Negara: Malaysia Tidak Akan Ambil Pendirian Berkecuali - PM

2

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Solidariti Untuk Palestin Terus Menyala, ‘Drive For Gaza 1.0’ Permulaan Untuk Misi Global

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa