web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bad Indigo Meninggal Dunia

Bad Meninggal Dunia Di Pejabatnya Di Ampang

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2023 9:20PM

Bad Indigo meninggal dunia di tempat kerja di Ampang kira-kira jam 7 malam tadi. gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Bad Indigo dilaporkan meninggal dunia di tempat kerja di Ampang pada kira-kira jam 7 malam tadi. 

Berita sedih itu disahkan oleh rakan artis, penyanyi Liza Hanim yang juga isteri kepada Shah Indigo. 

Jelas Liza, dia menerima khabar duka itu menerusi panggilan telefon daripada rakan-rakan suaminya, namun tiada butiran lanjut dapat dikongsikan buat masa ini. 

Ketika dihubungi media, Liza mengakui dia dan suami terperanjat dengan berita berkenaan.

“Kami sedang dalam perjalanan ke pejabat arwah kerana jenazah masih berada di sana,” katanya.

Menjengah ke media sosial Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah itu, kali terakhir dia mengemas kini akaun media sosialnya adalah tiga hari lalu. 

Allahyarham juga baru sahaja menyambut hari ulang tahun kelahiran pada 13 Oktober lalu. 

Untuk info, Bad pernah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan penyanyi Ashira pada 11 Mac 2021, namun ia hanya bertahan setahun.

Pasangan terbabit mengesahkan penceraian mereka pada 23 Jun 2022. - Getaran, 26 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN