web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hidup Kembali Bersinar, Zaiton Sameon Terima Sumbangan Perdana Menteri

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2023 5:24PM

Zaiton Sameon (dua, kiri) menerima bantuan disampaikan Ahmad Farhan Fauzi (tiga, kanan) mewakili Perdana Menteri - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kehidupan penyanyi veteran, Zaiton Sameon menemui sinar baharu, selepas menerima bantuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Bantuan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi yang berkunjung ke rumah penyanyi terbabit di Ampang.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata, sumbangan kecil dihulurkan itu diharapkan berupaya membantu meringankan beban Zaiton, selepas sekian lama kehilangan punca pencarian.

"Saudara Farhan ketemu Puan Zaiton untuk sampaikan salam dari pihak saya serta memberi sumbangan kecil kepada beliau.

"Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan segera menyelesaikan bantuan warga emas kepada beliau, Insya-Allah," katanya.

Zaiton Sameon (tengah) berbual dengan rombongan wakil Perdana Menteri - gambar Facebook
Zaiton Sameon (tengah) berbual dengan rombongan wakil Perdana Menteri - gambar Facebook

Zaiton yang terkenal dengan lagu Menaruh Harapan dan Kabut Serangkai Mawar berdepan titik hitam apabila terbabit dalam kemalangan ngeri di Jalan Kuala Lumpur - Ipoh dekat Batang Kali.

Nahas melibatkan van dinaikinya dan sebuah lori itu turut meragut nyawa anak tunggal beliau, Azirwan Abu Bakar yang ketika itu berusia 13 tahun dan pemuzik pengiring, Ismail Shaari.

Kesan daripada kemalangan, Zaiton hilang keupayaan untuk menyanyi apabila mengalami gangguan emosi dan dan gejala hilang ingatan sementara sehingga kini. - Getaran, 20 September 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 4 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN