web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Tentera Kami Tak Tembak Orang Awam Palestin,” Tapi Caprice Buktikan Sebaliknya

Perbincangan hangat antara Caprice dengan tentera Israel telah mendapat perhatian meluas warganet. Jarang sekali kita lihat mana-mana artis Malaysia mengupas isu ini dengan menawarkan perspektif yang berbeza.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2021 2:00PM

Semua gambar dan tangkapan layar: Instagram @capriceofficial

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi rap dan usahawan Caprice menjadi perhatian pengguna media sosial apabila mengundang selebriti dan askar dari Israel dalam satu sesi perbincangan di IG Live miliknya malam tadi.

Perbincangan seputar isu perang Israel-Palestin selama dua jam tersebut berlangsung agak panas apabila terdapat percanggahan perspektif dan maklumat mengenai insiden yang berlaku. 

Satu jam yang pertama, Caprice berbual dengan seorang selebriti dari Israel yang dikenali sebagai Shiraz membincangkan tentang perebutan tanah di Palestin.

Shiraz bertegas mengatakan tanah yang dimiliki mereka hari ini adalah milik bangsa Yahudi berikutan kekalahan Palestin semasa kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah. 

Namun, akibat beberapa masalah teknikal yang berlaku menyebabkan Caprice terpaksa membatalkan perbincangan bersama-sama Shiraz serta mengundang Orin Julie yang juga merupakan seorang askar di Israel Defense Forces (IDF) selama 3 tahun.

Perbincangan kemudian berlangsung lebih hebat apabila Orin menafikan sekeras-kerasnya berita buruk mengenai tentera Israel yang tersebar di seluruh dunia.

“Tentera kami tak tembak orang tak bersalah. Sekiranya ia berlaku, mereka akan dihukum. Mereka akan dipenjarakan, mereka akan diturunkan pangkat dan banyak lagi hukuman yang bakal mereka hadapi.

“Kami IDF hanya mahu keamanan dan tak bunuh sesiapa pun yang tak bersalah. Kami hanya melindungi negara kami dari Hamas,” katanya yang juga dikenali sebagai Queen Of Guns.

Caprice kemudian mengeluarkan hujah iaitu berita seorang paramedik bernama Razan al-Najjar yang dibunuh oleh penembak senyap Israel sehingga mencetuskan kemarahan rakyat Palestin sehingga menyebabkan perang di Gaza pada tahun 2018. 

“Saya tak tahu mengenainya. Jangan nampakkan saya dungu hanya kerana saya tak tahu tentang perkara yang anda cakapkan ini,” tegas Orin dalam perbincangan berkenaan.

“Mungkin media di negara anda telah melakukan brainwash menyebabkan anda tidak ada apa-apa informasi mengenainya,” selar Caprice.

Berang dengan kenyataan itu, Orin meyakinkan Caprice bahawa media di Israel sebenarnya sudah terlalu berlembut. Mereka meyakinkan masyarakat bahawa perang yang terjadi ini bukanlah tentang perebutan tanah tetapi keperluan untuk mempertahankan Israel daripada diserang.

“IDF wujud supaya kami melindungi tanah kami bukan untuk menyerang sesiapa. Sesiapa pun di muka bumi ini ada hak untuk mempertahanan hak mereka,” tambah Orin dengan nada yang tegas disamping mengingatkan Caprice jangan mudah termakan dengan cerita palsu yang cepat tersebar di internet.

“Tapi ini laporan daripada akhbar BBC,” potong Caprice.

“Saya tak tahu mengenainya. Kami tiada BBC di Israel,” jawab tentera IDF itu. 

Walaupun perbincangan berlaku dengan sangat sengit, namun di akhir video masing-masing merasakan sudah tiba masanya untuk mereka mempunyai cara pandang baru dengan menyebarkan kebaikan dan kasih-sayang untuk generasi seterusnya. 

Dia turut mengajak Caprice untuk minum kopi di ibu kota Israel memandangkan apa yang mereka mahu ialah keamanan. Sebelum bersurai, masing- masing berjanji untuk menyebarkan kasih-sayang di media sosial mereka selepas ini. Syabas Caprice! - Getaran, 21 Mei 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN