web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Naomi Campbell Menjadi Ibu Pada Usia 50 Tahun!

Semua terkejut melihat akaun Instagram Naomi yang mengumumkan 'gelaran' barunya hari ini. Model, pelakon, aktivis dan kini, ibu! Tahniah, Naomi!

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 11:15AM

Gambar: Instagram @naomi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Supermodel ternama Naomi Campbell telah menjadi ibu kepada seorang bayi perempuan! Naomi yang berumur 50 tahun membuat pengumuman mengejut itu hari ini di akaun Instagramnya. 

“Anugerah kecil nan indah ini telah memilih saya menjadi ibunya,” tulis supermodel Britain ini sambil berkongsi sebuah foto tangannya memegang sepasang tapak kaki bayi.

"Saya rasa bertuah dapat mendakap jiwa halus ini sepanjang hidup saya. Tak ada kata-kata yang dapat menggambarkan ikatan hidup yang kini kita kongsi bersama, bidadari kecilku,” sambungnya.

Campbell tidak memberikan sebarang maklumat lain. 

Beliau pernah bercerita kepada majalah Evening Standard pada tahun 2017 tentang keinginannya untuk menjadi seorang ibu. “Saya selalu terfikir untuk menjadi ibu."

Tetapi tambahnya, “Dengan kemajuan sains sekarang, saya rasa saya boleh menjadi ibu bila-bila saya mahu."

Ramai selebriti popular dunia membanjiri ruangan komen akaun Instagram Naomi sebaik sahaja gambar itu dimuat naik. 

“Oh Tuhan!!! Ini harinya? Sungguh menakjubkan. Bertuah sungguh anak ini dan bertuah sungguh awak. Awak dirahmati! Awak pasti menjadi ibu yang baik," tulis pereka fesyen Marc Jacobs di Instagram.

"Wah, tahniah!!! Anugerah yang sungguh besar!!" Kata pelakon Zoe Saldana.

YouTube juga sempat mengirimkan ucapan tahniah mereka. “Berita yang menggembirakan. Tahniah sebesar-besarnya, Naomi,” tulis akaun Instagram rasmi laman perkongsian video itu. 

Di sela-sela kerja-kerja kemanusiaannya, terutama sekali di Afrika, Naomi Campbell masih aktif menjadi muka depan majalah-majalah fesyen terbesar dunia. Beliau juga sering tampil dalam rancangan realiti TV. 

Pada tahun 2019, apabila ditanya tentang anak oleh majalah WSJ, beliau menjawab, “Belum lagi. Mari kita lihat apa semesta akan berikan kepada saya.” - AFP

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

3

Gaya 1 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...