web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Shuib, Watie Nikah 23 Jun Ini, Tiada Majlis Resepsi, Dapat Tajaan Lebih RM1 Juta

Pasangan ini bakal disatukan pada 23 Jun ini di Putra Heights, Selangor. 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 6:03PM

Watie dan Shuib - Gambar ihsan Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib Sepahtu bakal menamatkan zaman dudanya bersama tunangnya, Watie pada 23 Jun ini.

Tarikh itu dikongsikan Shuib di satu sidang media khas 'Walimatulurus Shuib & Watie' yang berlangsung di Astro, Bukit Jalil pada petang Rabu. 

Majlis perkahwinan mereka juga akan disiarkan di saluran Astro Ria menerusi program 'Walimatulurus Shuib & Watie' yang akan ditayangkan bermula 24 Jun 2023 sebanyak 3 episod dan satu episod tambahan, 'Romantika'. 

"Alhamdulillah persiapan sudah 90 peratus siap. Semuanya berjalan dengan baik. Saya pilih tarikh 23 Jun bukan sebab istimewa atau apa. Tetapi sebab tarikh itu jatuh pada hari Jumaat. Majlis akad nikah pula akan diadakan di Glass Hall, Putra Heights," katanya.

Kongsi Shuib lagi, pada majlis itu nanti, tiada resepsi yang akan dilakukan. Hanya sekadar akad nikah dan sesi bergambar bersama tetamu. 

Pasangan ini juga bakal menerima tajaan bernilai lebih RM1 juta yang merangkumi barang kemas.

Pada majlis itu nanti, tiada resepsi yang akan dilakukan. Hanya sekadar akad nikah dan sesi bergambar bersama tetamu - Gambar ihsan Astro
Pada majlis itu nanti, tiada resepsi yang akan dilakukan. Hanya sekadar akad nikah dan sesi bergambar bersama tetamu - Gambar ihsan Astro

Ditanya kenapa dia memilih untuk berkerjasama dengan Astro bagi perkahwinannya bersama Watie, kata Shuib dia terhutang budi dengan Astro yang banyak membantu menaikkan namanya dalam industri seni sejak dia menyertai program realiti, Raja Lawak musim ketiga pada tahun 2009.

"Program ini juga adalah untuk para peminat sebenarnya. Kita buat majlis ini tak adalah besar mana. Jadi jemputan pun tidak terlalu ramai. Peminat-peminat pun tak dapat datang. Dengan adanya program ini, bolehlah peminat melihat perjalanan saya dan Watie. Sebab saya percaya, rakyat Malaysia menjadi sebahagian daripada cerita hidup saya. Apalah salahnya jika saya berkongsi momen bahagia saya bersama mereka. Ini adalah sebagai buah tangan saya untuk mereka," ujarnya. 

Sementara itu, Watie berkata dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada empat orang anak Shuib.

"Saya sudah biasa menjaga anak buah. Dulu kalau kawan-kawan saya yang dah kahwin ada hal, mereka selalu tinggalkan anak-anak mereka pada saya untuk jaga. Jadi saya sudah biasa menjaga budak-budak," katanya.

Ditanya adakah dia tidak kisah tiada majlis resepsi seperti yang sering dilakukan oleh pasangan pengantin baru yang lain, kata Watie tiada apa lagi yang dia inginkan kerana inilah perkahwinan impiannya selama ini. 

Selain daripada majlis akad nikah, program 'Walimatulurus Shuib & Watie' itu nanti turut akan menyiarkan majlis pertunangan, khatam Al Quran dan majlis berinai. 

Terdahulu, Shuib dan Watie telah mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu selepas setahun berkenalan. - Getaran, 7 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

3

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

Gemar Minum Kopi Bawa Tuah, Shuib Kini Bergelar Duta Jenama Kopi SUPER

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.