Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gemar Minum Kopi Bawa Tuah, Shuib Kini Bergelar Duta Jenama Kopi SUPER

SUPER™ telah melantik Shuib sebagai duta rasmi jenama - beliau merupakan seorang individu yang bekerja keras dan berkongsi cabaran sama seperti setiap rakyat Malaysia

TARA Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2023 8:21PM

Shuib tidak mengambil masa panjang untuk menerima tawaran bergelar duta rasmi SUPER™

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Saya rasa gembira dan berbangga apabila dapat peluang daripada SUPER™, dan saya akan lakukan apa sahaja untuk mereka terus menyambung kontrak saya,” seloroh Shuib ketika mengulas tentang pelantikannya sebagai duta jenama SUPER, sempena pelancaran produk terbaru, kopi Hitam SUPER™ Klasik.

Pada masa sama, Shuib turut memberitahu dia tidak mengambil masa yang lama untuk menyatakan persetujuan apabila dihubungi oleh pihak pengurusan SUPER™. 

“Sebagai seorang individu yang gemar menikmati kopi untuk memulakan hari, saya tidak perlukan masa lama untuk berfikir. Saya melihat ini satu peluang yang baik untuk kerjaya seni saya. Setelah mencuba sendiri minuman kopi SUPER™  Klasik yang baru diperkenalkan hari ini, saya benar-benar menyukainya,” katanya. 

Shuib dipilih kerana menepati ciri-ciri dikehendaki syarikat
Shuib dipilih kerana menepati ciri-ciri dikehendaki syarikat

Sementara itu, Pengurus Besar Jacobs Douwe Egberts Malaysia, pemilik jenama Kopi SUPER™, Fiona Tan berkata, pihaknya tertarik untuk bekerjasama dengan Shuib kerana lelaki itu merupakan seorang individu yang bekerja keras dan berkongsi cabaran yang sama seperti setiap rakyat Malaysia.

“Shuib menguruskan tanggungjawab sebagai bapa kepada empat anak kecil sambil bekerja sebagai pengacara radio dan usahawan. Kami tahu Shuib adalah duta yang sempurna untuk kami kerana beliau mencerminkan pengalaman seorang rakyat Malaysia biasa.

“Dalam masa baik dan mencabar, kita rakyat Malaysia sentiasa gigih, bekerja dengan sangat tekun, memberikan yang terbaik untuk memperbaiki kehidupan orang di sekeliling kita. Kami sangat bersemangat untuk berkolaborasi dengan Shuib kerana kami berkongsi nilai-nilai ini dan memiliki semangat bersama untuk secawan 'kopi padu' yang hebat untuk membantu kita melalui aktiviti harian,” ujarnya.

SUPER™ Klasik, merupakan kopi hitam segera yang diperbuat daripada 100 peratus biji kopi Robusta untuk menghasilkan kelazatan kopi yang padu, namun halus dan beraroma. Pengeluaran produk ini bertujuan untuk memenuhi permintaan dinamik yang sentiasa berubah daripada peminat tegar kopi serta peminum teh dan bijirin berkualiti.

SUPER™ Klasik, merupakan kopi hitam segera yang diperbuat daripada 100 peratus biji kopi Robusta
SUPER™ Klasik, merupakan kopi hitam segera yang diperbuat daripada 100 peratus biji kopi Robusta

Fiona berkata, peminum kopi di Malaysia biasanya akan menambah krimer sama ada dalam bentuk susu pekat atau susu sejat.

“Oleh itu, rakyat Malaysia sentiasa mencari kopi segera yang pekat, ‘mengancam’ dan beraroma supaya kepaduan kopi masih dapat dinikmati walaupun dengan penambahan krimer,” katanya.

Pelancaran SUPER™ Klasik menggambarkan komitmen SUPER™ untuk menaikkan semangat rakyat Malaysia dengan menyediakan minuman yang mudah dan menyegarkan. 

“Kopi segera di Malaysia sangat digemari kerana ia mudah disediakan. Dengan jadual harian yang sibuk, kita perlukan kopi pekat bagi membangkitkan semangat untuk mengharungi cabaran harian. Secawan kopi yang sempurna adalah apa yang diperlukan untuk menyemarakkan perbualan sambil mengekalkan kesegaran sepanjang hari,” tambah Fiona.

Fiona Tan
Fiona Tan

Sempena Hari Malaysia, SUPER™ sangat teruja untuk mengumumkan peraduan ‘Semarakkan Hari Malaysia’ yang akan bermula pada 16 Ogos hingga 30 September 2023. Peraduan ini menawarkan peluang kepada peserta untuk memenangi hadiah menarik seperti Modenas Dominar D250, sesi makan-makan eksklusif bersama Shuib, dan baucar beli-belah bernilai RM21,000. 

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu membeli mana-mana satu produk SUPER™ (tertakluk pada terma dan syarat). SUPER™ Klasik yang terbaru ini boleh didapati di peruncit utama di seluruh Malaysia. 

Untuk maklumat lanjut tentang Kopi SUPER™ dan barisan produk, kemas kini dan promosi terkini, sila layari https://www.facebook.com/supermalaysia/. - Getaran, 19 Ogos 2023

Foto : SLPR Worlwide Group

Isu Pada

Gemilang Putrajaya

26 Aug 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 3 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 3 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja