web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Uyaina Arshad Disindir ‘Terpaling Ibu’ Kerana Sering Kongsi Pengalaman Menjadi Ibu

Biarpun disindir netizen sebagai ‘terpaling ibu’ kerana sering berkongsi pengalamannya, namun Uyaina tidak kisah kerana yang penting baginya adalah anaknya sihat. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 4:01PM

Uyaina mengambil pendekatan untuk tidak mempedulikan cakap-cakap orang dan suka berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu yang mungkin turut melalui pengalaman yang sama. - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lumrah menjadi seorang figura terkenal, apa sahaja yang dilakukan, pasti akan menjadi buah mulut orang.

Itulah yang dihadapi oleh pengacara dan pelakon popular, Uyaina Arshad apabila ada segelintir pihak yang kurang senang dengan tindakannya berkongsi pengalaman pertama kali menjadi ibu.

Namun bagi Uyaina, dia mengambil pendekatan untuk tidak mempedulikan cakap-cakap orang dan suka berkongsi pengalaman dengan ibu-ibu yang mungkin turut melalui pengalaman yang sama.

“Apa pun orang cakap, saya tidak kisah. Yang penting, anak saya sihat. Masing-masing ada pengalaman sendiri menjadi ibu, terpulang,” katanya.

Uyaina lebih melihat pada sisi positif setiap perkongsiannya. - Gambar Instagram
Uyaina lebih melihat pada sisi positif setiap perkongsiannya. - Gambar Instagram

Jelas Uyaina, dia hanya melihat dari sudut positif apabila ramai kaum ibu yang turut sama berkongsi pengalaman masing-masing terutama ketika dia berkongsi perihal tongue-tie yang dialami anaknya, Raja Urhan.

“Kita buat macam mana pun, ada sahaja yang tak kena dengan selera segelintir netizen di luar sana. Tak apalah, saya cuma kongsi dengan mereka yang positif menerima ilmu baharu.

“Saya tak perlu ambil peduli pun sebab yang utamanya adalah kesihatan anak saya. Bila saya kongsi tentang tongue-tie itu, ramai ibu yang bercerita tentang pengalaman masing-masing.

“Jadi kalau mereka tak boleh terima atau tidak senang hati, itu hak mereka. Ada yang cakap saya terpaling ibu, pun saya tidak kisah,” ujarnya.

Uyaina ditemui selepas majlis pengumuman duta baharu, Herbs Of Gold yang menampilkan pengacara itu sebagai selebriti tempatan pertama yang menerima pengiktirafan itu.

Uyaina kini bergelar duta produk antarabangsa Herbs Of Gold. - Gambar PR
Uyaina kini bergelar duta produk antarabangsa Herbs Of Gold. - Gambar PR

Bercakap tentang pelantikan sebagai duta, isteri kepada penyanyi, Raja Syahiran itu tidak mengambil masa lama untuk bersetuju terutama selepas mencuba sendiri produk keluaran Australia itu.

“Saya tidak akan terima tawaran duta sesebuah produk jika diri sendiri tidak pernah cuba. Saya juga seorang yang sangat mementingkan gaya hidup dan amalan sihat.

“Dalam pada masa sama, Herbs Of Gold adalah satu jenama antarabangsa yang dipercayai dan terdapat di lebih 200 cawangan Caring Pharmacy seluruh dunia. Tiada sebab untuk saya tolak.

“Saya juga merupakan seorang yang aktif dan demi mengekalkan stamina, saya perlu ambil suplemen kesihatan yang diiktraf,” kongsinya.

Uyaina ketika menghadiri majlis pelancaran duta Herbs Of Gold baru-baru ini. - Gambar PR
Uyaina ketika menghadiri majlis pelancaran duta Herbs Of Gold baru-baru ini. - Gambar PR

Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32,  telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Raja Syahiran pada 20 Disember 2021. 

Pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata lelaki pada 8 September tahun lalu yang diberi nama Raja Urhan. – Getaran, 30 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 tahun yang lalu

Tekak Rasa Macam Kena Lenyek, Uyaina Dan Suami Positif COVID-19

2

Selebriti 4 tahun yang lalu

Dengan Sekali Lafaz, Uyaina Arshad Sah Bergelar Isteri Raja Syahiran

3

Video & Galeri 5 tahun yang lalu

Di Sebalik Tabir Pembikinan Wajah TARA Minggu Ini Bersama Uyaina Arshad

4

TARA 5 tahun yang lalu

Membelah Suara Uyaina Arshad

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 16 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN