Berita Terkini

22 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Dengan Sekali Lafaz, Uyaina Arshad Sah Bergelar Isteri Raja Syahiran

Selepas dua tahun menjalin hubungan cinta, pasangan selebriti popular, Uyaina Arshad dan Raja Syahiran akhirnya sah bergelar suami isteri pada pagi ini.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2021 10:42AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semakin ramai selebriti memilih untuk menamatkan zaman bujang pada tahun 2021. Selepas Uqasha Senrose dan Kamal Adli, kini tiba pula giliran pelakon dan pengacara terkenal, Uyaina Arshad dan pasangannya Raja Syahiran diijabkabulkan.

Hanya dengan sekali lafaz, Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad 29, sah bergelar isteri kepada Raja Syahiran Raja Azhanrianshah, 28, pada jam 9 pagi tadi bertempat di Colony Star Boulevard, KLCC, Kuala Lumpur. 

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh portal MStar, Uyaina dinikahkan sendiri oleh abang kandungnya iaitu Mohd Attaful Uzair Arshad dengan disaksikan oleh Pendaftar Pernikahan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abd Nasir Abdullah.

Bekas pengacara Nona itu menzahirkan rasa syukur kerana majlis akad nikahnya berjalan dengan lancar biarpun menghadapi pelbagai kekangan.

“Alhamdulillah, majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar hari ini. Sebenarnya kami sudah merancang majlis ini sejak beberapa bulan yang lalu namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang cepat berubah. 

“Selain itu kejadian banjir buruk yang berlaku dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami,” katanya.

Pada majlis akad nikah itu, Raja Shahiran menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan gelang emas kepada Uyaina.

Mereka memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran dan tiada pertukaran dulang hantaran dari kedua-dua belah pihak atas persetujuan keluarga.

Majlis pernikahan mereka hanya dihadiri oleh keluarga serta rakan rapat sahaja seramai 100 orang dan setakat ini masih belum tiada perancangan untuk melangsungkan majlis resepsi.

Pasangan ini turut memilih Eropah sebagai destinasi untuk berbulan madu namun mereka terpaksa menangguhkannya sementara waktu berikutan bimbang dengan penularan varian baru COVID-19.

“Jadi buat masa ini kami bercadang untuk melawat keluarga dan saudara-mara yang tidak dapat hadir ke majlis pernikahan untuk memperkenalkan satu sama lain dengan keluarga masing-masing,” katanya.

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini mula berkenalan sejak tahun 2019 apabila mereka berdua sama-sama terlibat dengan sebuah program terbitan Astro. Tidak lama selepas itu, Uyaina menerima rombongan merisik daripada keluarga Raja Syahiran. 

Selamat pengantin baru kami ucapkan. Semoga mahligai yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat. - Getaran, 21 Disember 2021

Gambar : CST Production

Berita Berkaitan

1

Seni & Hiburan 1 hari yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

2

Sukan 5 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

2

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

3

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

4

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

5

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

6

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Muzik 11 jam yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Selebriti 22 jam yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki

Selebriti 3 jam yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran