Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Membelah Suara Uyaina Arshad

Kecamlah apapun, namun beliau enggan mengalah dan terus membuktikan kemampuan dirinya jauh lebih hebat daripada apa yang dibayangkan. Ikuti temu bual 'heart to heart' kami bersama Uyaina Arshad.

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2021 9:05AM

Semua gambar: Mohd. Azim Abd. Rahman, Getaran.my

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebagai pengguna media sosial tegar, penulis masih ingat pengacara dan pelakon Uyaina Arshad pernah menjadi viral seketika apabila dia dikatakan begitu cantik setanding model terkenal Turki, Ozge Torer. Oh, atau mungkin begini, model berkenaan yang cantik setanding Uyaina.

Tapi kalau bercakap tentang cantik sahaja, semua orang sudah tahu Uyaina seorang perawan yang menawan. Kalau kita teruskan, sudah pastilah artikel ini akan jadi membosankan dan kami tidak mahu berlaku kejam membazirkan lima minit masa anda untuk membaca perkara yang semua sudah tahu mengenainya.

Jadi, mari duduk sebentar bersama penulis dan Uyaina. Kita akan berbual tentang perkara lebih dalam, lebih mustahak, lebih penting daripada paras rupa seorang perempuan.

Kita akan membelah suara di dalam kepala seorang Uyaina yang menjadikannya wanita begitu cekal mencuba segala kesempatan yang direntangkan takdir kepadanya.  

Shaidatul Naseha Uyaina Arshad tiba di New World Petaling Jaya Hotel, iaitu tempat pertemuan kami selepas bergegas dari mengacarakan program ‘Wanita Hari Ini.’

Malam sebelumnya pula, dia dilihat sibuk menjalankan penggambaran projek terbaharunya berjudul ‘Siapa Tutup Lampu.’ Sibuk benar kehidupan Uyaina. 

“Apa khabar, Yana?” tanya penulis dan dia langsung tersenyum menyambut soalan itu sambil  mengucap syukur kerana hidupnya baik-baik sahaja. 

Penulis sengaja bertanya Uyaina sekali lagi soalan yang sama kerana beberapa hari sebelum pertemuan ini, penulis seperti menghidu ada yang tidak kena apabila pelakon ‘Lelaki Kiriman Tuhan’ ini mengadu mengalami mental breakdown di laman Instagramnya.

Dia terdiam sekejap, menarik nafas seketika sebelum menyambung bicara.

“Sebenarnya dalam seminggu ini saya kerap rasa satu perasaan di mana saya benci diri saya sendiri. Entahlah Wafa, ada banyak perasaan pada masa yang sama. Penat, marah, sedih dan rasa nak nangis. Semua ada. 

“Bukan itu sahaja. Saya selalu berfikir tentang perkara yang belum jadi. Tak pasti apa sebenarnya yang saya risaukan. Dalam kepala selalu terfikir ‘apa jadi kalau…’ sedangkan ia tak terjadi lagi,” luah Uyaina.

Pertanyaan Uyaina di media sosial miliknya telah membawa gadis itu kepada hakikat bahawa keresahan yang dialaminya seminggu ini sebenarnya turut dirasai oleh ramai orang sebayanya.

Ramai yang menyayangi Uyaina dan bersungguh menasihati gadis itu meluahkan apa yang dirasa kepada seseorang. Jika dipendam sendirian, risau ia akan mendatangkan kesan yang jauh lebih buruk. 

“Saya bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan kepada saya. Cuma selepas ini saya kena berehat juga. Sebelum ini jadual harian saya memang padat. 

“Bayangkanlah ada beberapa penggambaran yang dijalankan serentak pada satu masa. Saya pergi kerja pagi dan pulang ke rumah pada pagi keesokan harinya. 

“Saya tiada masa rehat dan mungkin inilah salah satu faktor yang membuatkan saya rasa semua ini,” kata bekas juara Pencarian Nona Manis 2015 ini.

Uyaina kini mengambil nasihat rakan selebritinya, Zul Ariffin yang mencadangkannya mengambil sekurang-kurangnya satu hari dalam seminggu untuk berehat. Ia sangat penting untuk mengembalikan semula tenaga dan tidak terbeban dengan kerja yang ada.

Mengakui dirinya agak perahsia dan tidak mudah meluahkan perasaan. Uyaina hanya selesa untuk bercakap tentang isi hatinya kepada tiga orang istimewa dalam hidup iaitu ibu, kakak dan kekasihnya, Raja Shahiran.

“Alang-alang terkeluar nama Raja Shahiran, dengarnya ibu Yana dah beri lampu hijau kalau nak kahwin tahun ini. Maklumlah, majlis merisik pun sudah berlangsung, kan?” sengaja penulis memancing.

Anak bongsu dari empat beradik itu tergelak kecil sebelum mendedahkan belum ada tarikh tertentu untuk mereka ke fasa alam rumah tangga.

“Sekarang ini kami berdua sedang  sibuk menguruskan dan mengejar impian masing-masing. Jadi, belum ada tarikh yang spesifik untuk kami adakan apa-apa majlis,” jawabnya tenang. 

Rindu Indonesia

Bercerita tentang kerjayanya yang sebenarnya jauh lebih meledak di negara seberang, gadis lulusan undang-undang Universiti Malaya itu reda dengan ujian pandemik yang memaksanya melepaskan beberapa tawaran di Indonesia. 

Sejak dinobatkan sebagai juara Puteri Muslimah Asia 2018, Uyaina memiliki peminat yang tersendiri di Indonesia yang begitu menggilainya.

“Bila difikir kembali, sebenarnya bila saya sudah berjaya tembus ke sana (Indonesia), barulah orang buka mata nak kenal Uyaina ini siapa (di Malaysia). Tapi sekarang pun masih ramai lagi yang tertanya-tanya siapa Uyaina Arshad.

“Tapi tak mengapalah, saya anggap ia sebagai proses yang perlahan untuk saya nikmati,” ceritanya.

Pernah bekerja dengan produksi dari dua negara, Uyaina merasakan program yang ke udara secara langsung di Indonesia lebih laju dan padat berbanding di Malaysia. Jadi suka atau tidak, Uyaina harus cepat belajar dan menyesuaikan diri.

Apa yang lebih menarik,  masyarakat di sana lebih terbuka. Bayangkan saya seorang wanita bertudung dan diberi peluang untuk mengacarakan  program dangdut. 

“Kalau di Malaysia stesen televisyen sudah tetapkan kita harus menonjolkan look tertentu. Sama ada kita mengacarakan program agama, lawak atau hiburan, semuanya berbeza. 

“Tapi di Indonesia, mereka tak kisah. Tak ada pula mereka kata saya gedik sebab bertudung dan buat lawak,” tambahnya. 

 

Enggan mengalah

Bercakap pula tentang pengalamannya mengacarakan ‘Famili Duo’ yang pada awalnya berdepan dengan kritikan negatif di laman sosial, Uyaina tersenyum positif dan merasakan itu adalah lumrah bergelar anak seni. 

“Sebenarnya saya serba salah dengan pihak produksi. Saya tak mahu kerana saya, rating rancangan yang mereka usahakan ini jatuh. Jadi saya cakap dengan pihak produksi, kalau perlu untuk tukar pengacara, saya akan terima. Tapi Alhamdulillah mereka percayakan saya dan sekarang penerimaan masyarakat kepada saya sudah semakin baik.”

Tipulah kalau Uyaina tidak pernah terasa hati dengan kata-kata kesat yang dilemparkan kepadanya yang baru sahaja mencuba mengacarakan program besar itu seorang diri.

“Mestilah sedih. Kalau kita tak nak baca pun komen tersebut, pasti ada orang yang hantar dan kita akan baca juga.

“Entah, dalam hidup ini memang ada orang yang mempunyai masalah hati. 

“Januari lalu saya baru dilantik menjadi duta sebuah jenama tudung. Tapi ada yang komen mendoakan saya agar tak dilantik menjadi duta. 

“Bayangkanlah, mereka mendoakan perkara buruk untuk seseorang yang tidak mereka kenali. 

“Kalaulah kita screenshot komen buruk yang mereka tulis di media sosial. Mesti mereka pun malu dengan apa yang mereka tulis,” luahnya.

Namun kerana cinta dan minat Uyaina yang sangat dalam kepada karier seninya, tidak pernah sekalipun dia berhajat untuk berputus asa. Segala kecaman dan kritikan diambil sebagai pembakar semangat untuk terus maju ke hadapan. 

Ada banyak bakat dan kelebihan yang boleh ditawarkan Uyaina kepada industri hiburan negara. Semoga lebih banyak ruang dan peluang bakal terbuka untuk gadis kelahiran Kuala Kangsar ini kelak.

“Semoga berjaya, Yana. Jangan lupa jaga diri,” kata kami sebelum beransur.

“Baik, InshaAllah,” sambutnya manis. - Getaran, 1 Mei 2021

DI SEBALIK TABIR PEMBIKINAN WAJAH TARA - GETARAN

Wajah TARA : Uyaina Arshad

Editor Getaran: M. Zulkifli Abd Jalil

Penyelaras : Shah Shamshiri

Teks : Wafa Aula

Suntingan : Ili Farhana

Penata Gaya : Nurul Azwa (Gune)

Busana : The Hashtag

Tudung : Galeri Ariani

Solekan: Syieda Marzuki

Jurugambar : Azim Rahman

Video Belakang Tabir : Sadiq Asyraf

Suntingan Video : Muharram Kasim

Rekaletak: Hanif Zahari

Lokasi : New World Petaling Jaya Hotel






 

Isu Pada

Membelah Suara Uyaina Arshad

01 May 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini