web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tekak Rasa Macam Kena Lenyek, Uyaina Dan Suami Positif COVID-19

Pelakon dan pengacara terkenal, Uyaina Arshad disahkan positif COVID-19 dan ditahan di wad kerana mengalami tekanan darah rendah.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 8:37AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan pengacara terkenal, Uyaina Arshad dan suaminya Raja Syahiran disahkan positif COVID-19 sejak beberapa hari lalu.

Berita duka itu diumumkan oleh Uyaina atau nama penuhnya Shaidatul Naseha Uyaina Binti Arshad, 30, di akaun Instagramnya.

“Assalamualaikum. Saya dan suami disahkan positif COVID-19 sejak beberapa hari lalu. Syahiran boleh kuarantin di rumah, tetapi saya kena tahan di wad kerana tekanan darah rendah dan badan lemah. Ini adalah kali pertama saya berjauhan dengan suami,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Tulisnya lagi, setiap orang yang dijangkiti virus ini mungkin akan mengalami rasa serta gejala yang berbeza-beza. 

“Ada orang mungkin mengalami gejala ringan, tetapi tubuh saya rasa sakit sangat-sangat terutamnya ketika dua tiga hari pertama disahkan positif. Nak jalan pergi tandas pun merangkak. Badan rasa macam kena pukul. Tekak rasa macam kena lenyek. Susah nak bernafas. Demam menggigil dan paling bahaya sebab dia kacau organ dalaman.

"Itu pun kita dah cucuk vaksin. Bayangkan orang yang tak ambik vaksin langsung? Yang anti-vaksin? Tak tahu macam mana keadaan  tubuh mereka,” tulisnya lagi.

Dalam hantaran itu juga, Uyaina memuatnaik fotonya dan suami saat mereka sihat dan ceria untuk mengingatkan diri bagaiman perasaan saat tubuh berada dalam keadaan sihat. 

“Saya kongsi foto ini untuk ingatkan diri bagaimana perasaan menjadi sihat. Juga untuk mengingatkan kami yang nikmat paling besar Allah bagi adalah nikmat kesihatan. Kita kena jaga baik-baik.

“Semoga semua berada dalam keadaan selamat.  Saya doakan anda tidak  dijangkiti COVID-19 ini terutamanya warga emas dan kanak-kanak sebab tak  tahu macam mana tubuh akan bertindak balas terhadap virus ini," tambahnya. 

Uyaina turut memohon supaya mendoakan kesembuhannya dan suami serta mereka yang sedang berlawan dengan virus COVID-19.

Getaran juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kesembuhan serta kesejahteraan Uyaina dan suami. Semoga kita semua dilindungi daripada virus jahat ini. Jangan lupa untuk ikut SOP yang telah ditetapkan serta menjaga diri dengan baik. - Getaran, 28 Februari 2022

Gambar: Instagram @uyainaarshad

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Facebook, Instagram, Threads Alami Gangguan

4

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN