web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ketua Pemuda PAS Kelantan Tulis Surat Terbuka Buat Khairul Aming Kerana Beli Tiket Konsert Coldplay

Surat terbuka itu telah ditulis buat Khairul Aming kerana dia dikatakan seolah-olah menjadi salah seorang penyumbang kepada budaya LGBT dengan mempromosikan secara terang-terangan konsert Coldplay.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 10:30AM

Mohamad Kamal (kiri) dan Khairul Aming. - Gambar Twitter/Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya isu konsert Coldplay masih lagi berlarutan sehingga ke hari ini biarpun tiket untuk menyaksikan konsert yang bakal berlangsung pada 22 November depan telah pun habis dijual.

Terbaru, Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Kelantan iaitu Mohamad Kamal Mohamed telah menulis surat terbuka kepada pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming gara-gara dia membeli tiket konsert Coldplay.

Menurut Kamal, sebagai seorang ‘public figure’ yang berimej bersih seperti Khairul Aming, dia tidak sepatutnya mempromosikan konsert daripada artis yang lantang mempromosikan gaya hidup LGBT.

“Ke hadapan saudaraku Khairul Aming. Saya layangkan surat ini sebagai seorang saudara seagama, apa lagi kita lahir di negeri yang sama. Atas semangat itu saya merasa terpanggil untuk memberikan teguran atas ‘posting’ saudara yang berjata membeli tiket Coldplay.

“Alang kepalang kesedihan, terguris hati saya apabila membaca ‘posting’ Twitter saudara yang bersungguh menempah tiket. Pastinya siapalah saya untuk menghalang keinginan orang lain, tetapi suka saya menitipkan pesan lantaran saudara adalah saudara seagama saya.

“Saya mahu mengajak saudara untuk memikirkan kesan akibat budaya LGBT yang akan dibawa bersama dalam konsert Coldplay nanti. Sanggupkah saudara menjadi salah seorang penyumbang kepada sebaran budaya tidak sihat terutama kepada anak-anak muda?

“Saya percaya di usia sekarang saudara telah matang dalam membuat pertimbangan. Apa lagi ingin saya katakan saudara tidak sepatutnya terlibat dalam kempen secara tidak langsung begitu kerana saudara adalah ikutan ramai anak muda.

“Saya doakan agar saudara akan lebih berjata dengan apa yang telah saudara usahakan dan terpaling saya doa adalah agar saudara membetulkan khilaf yang kesan akibatnya tidak terjangkau akal terhadap anak muda negara,” tulisnya dalam hantaran yang dimuat naiknya di akaun media sosial. 

Surat terbuka itu telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya menyokong Khairul Aming. 

Menurut netizen, Mohamad Kamal seharusnya memikirkan bagaimana mahu menyelesaikan masalah air di Kelantan berbanding isu konsert Coldplay.

Terdahulu, tiket konsert Coldplay yang mula dijual pada 16 Mei lalu telah pun habis dijual. Seramai 700,000 ribu orang telah melawati laman sesawang rasmi yang menjual tiket konsert ini. – Getaran, 19 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Chris Martin, Dakota Johnson Bertunang

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Coldplay Di Malaysia Raih Kutipan AS$10,904,369 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sambal Nyet Berapi Diciplak, Khairul Aming Ambil Tindakan Undang-Undang

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Coldplay Pecah Rekod Kehadiran Penonton Tertinggi

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa