web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sambal Nyet Berapi Diciplak, Khairul Aming Ambil Tindakan Undang-Undang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2023 6:32PM

Sambal Nyet Berapi (kiri) dan Sambal Nyet Khairi yang jelas menciplak produk milik Khairul Aming - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang peniaga menciplak identiti Sambal Nyet Berapi milik personaliti, Khairul Aming mengundang padah apabila dia bakal berdepan tindakan undang-undang.

Mengumumkan perkara itu, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berkata, peguam syarikatnya telah menyerahkan Surat Tuntutan (LOD) kepada peniaga terbabit hari ini.

Menurut beliau, LOD tersebut mengandungi lapan tuntutan dan kes berkenaan akan dibawa ke peringkat lebih tinggi jika individu terlibat gagal memenuhi kesemua perkara disenaraikan. 

“Semalam ada satu isu di mana ada satu sambal yang cuba ciplak ataupun tiru Sambal Nyet yang dinamakan Sambal Nyet Khairi.

“Jadi ramai customer yang tertipu, yang terpedaya dengan pembelian ni sebab diorang (mereka) ingat itu Sambal Nyet yang original tapi sebenarnya bukan,” katanya menerusi video di X.

Jelas Khairul Aming atau lebih mesra dikenali sebagai KA, kewujudan produk tersebut sudah disedari sejak beberapa hari lepas dan bermula dari tempoh itu, pihaknya mula mengumpul bukti diperlukan termasuk membeli sendiri sambal dimaksudkan bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

Katanya, penelian dibuat mendapati peniaga terlibat sememangnya telah menciplak atau meniru identiti Sambal Nyet Berapi, termasuk dari aspek kandungan, penulisan khidmat pelanggan dan penceritaan pada bahagian tepi botol.

“LOD ini dihantar atas kapasiti perlanggaran hak harta intelek dan juga passing off.

So intellectual of property rights (hak harta intelek) ni ada banyak jenis, salah satunya trademark (cap dagang) seperti nama ataupun logo ataupun slogan. Yang keduanya adalah copyrights. Copyrights ni lebih kepada karyalah macam contoh filem ke muzik ke lagu dan sebagainya sebab tu kalau korang (awak) upload video tiba-tiba video kena mute atau remove, itu sebab copyrights.

“Dan yang ketiga adalah paten. Paten ni lebih ke arah design macam contoh paten design mic ni atau telefon bimbit dan macam-macam lagi. Passing off ni pulak bila ada orang jual barang yang sama dengan barang orang lain yang sudah ditrademarkkan tanpa kebenaran,” katanya.

Khairul Aming
Khairul Aming

Mengulas lanjut KA berkata, cap dagang Sambal Nyet telah didaftarkan dan diluluskan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 2 November 2021.

“Sebenarnya ini bukan kali pertama isu sambal ciplak terjadi, dah jadi dah pun tiga tahun lepas dan saya yakin dah ramai orang tahu pasal kes tu tapi tu lah, ada juga orang yang degil and kita kena ingat setiap action yang kita buat tu ada legal consequences dia.

“Saya memang selalu support, selalu sokong peniaga local especially peniaga kecil tapi kalau nak berniaga bukan macam ni cara dia,” katanya, kesal.

Menerusi hantaran sama, KA turut menasihatkan peniaga kecil agar mendaftarkan cap dagang perniagaan masing-masing bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.

“Saya nak ambik kesempatan ni nak pesan kat semua peniaga di luar sana especially peniaga kecil, kalau ada kemampuan pergilah daftar trademark business anda.

“Ofis MyIPO tu ada dekat Bangsar. Daftarlah dan lindungi business anda supaya tak ada orang salah guna nanti in the future. Akhir kata saya nak pesan carilah rezeki yang halal dan carilah rezeki yang ada keberkatan, Insya Allah you will go far,” katanya. - Getaran, 28 Disember 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ribuan Rakyat Malaysia Termasuk Pempengaruh Media Sosial Sokong Freedom For Palestin

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

TikTok Awards 2023: Anugerah Creator Of The Year Milik Khairul Aming

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ketua Pemuda PAS Kelantan Tulis Surat Terbuka Buat Khairul Aming Kerana Beli Tiket Konsert Coldplay

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Usah Guna Mercedes, Facebook: Netizen Kecam Surat Terbuka Pemimpin PAS Kepada Khairul Aming

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad