web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Israel Melampau! Selebriti Dunia Bersolidariti Bela Palestin

Polis Israel telah mengusir jemaah Masjid Al-Aqsa dengan bom tangan dan gas pemedih mata hingga mencetus kemarahan seluruh dunia termasuklah para selebriti antarabangsa.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2021 4:27PM

Tangkapan layar dari Instagram Henry Golding

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berikutan tindakan polis dan pasukan sempadan Israel menyerang  ratusan rakyat Palestin di perkarangan masjid Al-Aqsa serta pengusiran secara paksa di Sheikh Jarrah, beberapa selebriti terkenal dunia telah mengecam tindakan tersebut melalui platform media sosial masing-masing.

Apatah lagi pertempuran antara warga Palestin dan polis Israel di perkarangan masjid itu semakin berbahaya dan bakal mencetuskan pertumpahan darah yang lebih besar.

Di sini kami kongsikan luahan beberapa selebriti antarabangsa yang mengutuk keras pebuatan tidak berperikemanusiaan itu serta terang-terangan menyatakan pendirian mereka bersama warga Palestin.

Bella Hadid

Mempunyai darah  Palestin yang mengalir di tubuhnya dari ayahnya, Bella sangat dekat dan begitu lantang mengecam tindakan Israel di laman sosialnya. Ini bukan kali pertama dia melakukan tindakan demikian. Menerusi kemaskini di laman sosial, model berusia 24 tahun ini pernah menulis :

“Saya merasakan penderitaan nenek moyang saya. Saya menangis untuk mereka. Saya menangis untuk saudara saya di sana yang sekarang hidup dalam ketakutan,”

Henry Golding

Turut sama mendapat perhatian ialah pelakon antarabangsa asal Sarawak iaitu Henry Golding yang mengherdik kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli politik pro Israel-Amerika dalam sebuah tweet baru-baru ini. Ia secara tidak langsung memberi gambaran bahawa isu yang terjadi di Palestin bukanlah isu agama tetapi isu kemanusiaan.

The Weeknd

Selebriti terkenal Kanada Abel Makkonen Tesfaye atau The Weeknd juga berkongsi di Instagram rasmi mengenai perampasan tanah Palestin oleh Israel. Melalui Instagram story miliknya, pelantun lagu 'Save Your Tears' itu berkongsi sebuah poster kritikan kepada Israel yang dihasilkan oleh seorang artis bernama Shirien Creates 

Selain itu selebriti Mia Khalifa yang juga sahabat baik Bella Hadid turut berkongsi kenyataan yang dikeluarkan Bella mengenai isu ini. Bukan itu sahaja, menerusi IG Stories miliknya, beliau juga berkongsi beberapa perkembangan tentang apa sebenarnya yang terjadi di Palestin. 

Perbuatan Israel jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan tekanan supaya menghentikan pencerobohan ini wajar diberikan oleh seluruh masyarakat dunia. Tahniah buat para selebriti ini atas kelantangan  mereka! - Getaran, 12 Mei 2021.  

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

2

Luar Negara 2 minggu yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

4

Selebriti 2 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN