web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Balik Raya Ke Sarawak, Hun Haqeem Sedia Jawab Soalan ‘Bila Nak Kahwin?’ 

Hun juga merancang mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Kuching bagi meraikan kedatangan sanak-saudara.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2023 1:32PM

Hun Haqeem - Gambar oleh Azim Rahman

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Hun Haqeem mendedahkan soalan tentang jodoh sudah menjadi perkara wajib diajukan tetamu yang berkunjung ke rumahnya setiap kali hari raya. 

Bukan itu sahaja, ada juga mak cik yang berusaha menjodohkan pelakon Nenek Bongkok Tiga itu dengan anak mereka namun begitu, urusan jodoh bukanlah keutamaan Hun. Segala soalan dijawabnya dengan senyuman.

“Bila fikir-fikir, seronok juga sebenarnya kalau dapat beraya berdua. Tapi jodoh belum ada. Lagi pula saya pun ada impian yang saya nak capai. 

“Biasalah, hari raya ini memang ada soalan bila nak kahwin? ditanyakan. Ada juga yang padankan saya dengan anak mereka. Tapi, saya senyum sahajalah, itu yang saya boleh buat,” katanya ketika ditemui Getaran baru-baru ini. 

Hun Haqeem - Gambar dari Instagram
Hun Haqeem - Gambar dari Instagram

Seperti lebaran yang lalu, Hun juga akan terbang ke Kuching, Sarawak bagi meraikan kemeriahan hari raya bersama keluarga. Memandangkan dia sibuk bekerja, cuti seperti ini sangat bermakna untuk diluangkan bersama keluarga.

“Tahun ini seperti biasa saya akan pulang ke Kuching, Sarawak dan bercuti seminggu di sana.  Masa yang ada saya akan habiskan bersama-sama keluarga, adik-beradik dan sepupu. Rindu rasanya kepada mereka memandangkan kami sudah lama tidak berjumpa,” katanya lagi. 

Bercerita mengenai kemeriahan beraya di Sarawak, Hun sempat berkongsi tradisi dan amalan masyarakat di Kuching yang akan menyarungkan baju raya mereka sehingga tutup rumah.

“Raya di Sarawak sangat meriah. Masing-masing akan pakai baju Melayu seharian sampai kita tutup rumah. 

“Kita akan selalu tengok orang pakai baju Melayu di sana, bahkan waktu beli sarapan. Bila pakai baju biasa semasa hari raya, saya akan rasa sangat janggal,” katanya. 

Hun juga merancang mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Kuching bagi meraikan kedatangan sanak-saudara. Bagi Hun, aktiviti seperti inilah yang dapat mengeratkan lagu ukhuwah sesama keluarga. – Getaran, 21 April 2023

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 3 jam yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Lokasi konsert yang dijadualkan di Stadium Batu Kawan sebelum ini, kini berpindah ke Setia SPICE Arena, Pulau Pinang.

oleh Rahayu MN