web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Komen Saya Bagi Adalah Komen Positif, Apa Masalah Netizen Sampai Nak Kecam Dengan Begitu Biadap? - Ellie Suriaty

“Ada pulak yang sampai main persepsi yang terlalu berniat jahat sehingga mengaibkan dan menjatuhkan maruah saya sebagai ibu tunggal. Kena ingat ya, saya faham undang-undang. Kena ingat tuh. Tak takut ke kalau saya saman?,” soal Ellie.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 8:00PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Pertama sekali, saya nak cakap tentang netizen dalam Malaysia nih. Apa masalah diaorang ya kalau kita, orang dalam industri bagi komen. Kita langsung tidak ada hak untuk komen ke? Komen yang saya bagi adalah satu komen yang positif,”.

Demikian kata Ellie Suriaty aapabila diminta mengulas mengenai pelbagai kecaman teruk yang diterima daripada netizen berhubung komen yang ditinggalkannya di ruangan Instagram Farid.

Di ruangan Instagram Farid itu, Ellie menulis: “Farid seorang suami yang baik, seorang bapa yang sangat-sangat kasihkan anak-anaknya iaitu Che Mat dan Aurora... Farid Kamil kuat berpegang pada tali Allah SWT”.

Namun, komen yang ditinggalkan Ellie itu mengundang rasa tidak puas hati di kalangan netizen sehingga dia menerima kecaman yang ada di antara yang boleh disifatkan sebagai biadap serta keterlaluan.

Menurut Ellie lagi, netizen telah mempertikaikan kononnya dia tidak duduk serumah dan tidur sebantal dengan Farid dan Diana untuk mengeluarkan komen sedemikian,

“Sedangkan apa yang dia orang tak tahu dalam industri kreatif, kita ini adalah sebuah keluarga yang besar.

“Bila keadaan macam ini berlaku pada adik -beradik kita, kita mestilah kita ambil berat. Sebab, bukan sehari dua kita kenal.

“Sama ada Farid Kamil, Diana Danielle, Puteri Sarah mahu pun Syamsul Yusof, saya dah anggap mereka macam adik-beradik saya dan saya dah pernah pun bekerja dengan mereka.

“Dan, kita ni dah 20 tahun berada di dalam industri. Kita dah kenal bagaimana adik-adik kita ini. Dan, keluarga dalam industri kreatif sentiasa ambil berat di antara satu sama lain, tidak sama seperti mana yang netizen kenal artis-artis ini pun.

“Jadi, bila ada netizen yang bagi komen sampai tahap biadap dan kurang ajar. Sampai ada pula bab yang cakap saya ‘kena’ dengan Faridlah, menghisaplah dan sebagainya. Apa semua tuh?  Kalau berani, jomlah, kita periksa air kencing sekarang.

“Ada pulak yang sampai main persepsi yang terlalu berniat jahat sehingga mengaibkan dan menjatuhkan maruah saya sebagai ibu tunggal. Kena ingat ya, saya faham undang-undang. Kena ingat tuh. Tak takut ke kalau saya saman?,” soalnya.

Diana Danielle dan Farid Kamil
Diana Danielle dan Farid Kamil

Jelas Ellie lagi, memang betul dia sendiri yang telah memfailkan perceraian dengan bekas suaminya, Azri Iskandar,

“Tetapi, isu kami sangat berbeza. Masing-masing punya rumah tangga ada dugaan masing-masing. Tapi, itu tidak bermakna saya juga menggalakkan perceraian.

“Bagi saya, kita perlulah menghormati sesebuah institusi kekeluargaan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini.

“Ramai kutuk komen saya kerana saya ‘free hair’ apabila mengatakan Farid Kamil berpegang pada tali Allah. Seolah-olah saya saya tak boleh cakap begitu disebabkan saya ini ‘free hair’.  Habis, yang ramai-ramai bertudung menggalakkan perceraian di bulan Ramadan yang mulia ini pula, apa cerita?

“Sepatutnya doakanlah ke bahagian mereka supaya hubungan mereka itu bertaut semula. Bukan menambahkan lagi kecaman.

“Janganlah melampau sangat bila menghakimi seseorang. Sedangkan kita sendiri tidak tahu rumahtangga kita macam mana dan bagaimana pengakhiran kita nanti,” katanya.

Ellie turut memberitahu bahawa dalam sesebuah hubungan rumahtangga dan suami isteri itu, perlu ada pengorbanan.

“Dan, ikhlaskanlah pengorbanan itu supaya ia menjadi pahala kepada kamu. Kita sedar tanggungjawab suami adalah memberi nafkah, tempat tinggal, makan pakai, berikan hadiah kepada isteri serta termasuk dua pasang baju seberkap setiap tahun.

“Bahkan, menjadi khalifah dan menjadi imam di dalam keluarga, menyediakan keperluan lain serta membawa berjalan-jalan.

“Tapi andai kata ada pengorbanan yang isteri harus lakukan, ikhlaskanlah. Tanyalah kepada diri, adakah suami memukul anda? Berjudi? Minum arak atau kaki perempuan?

“Jika tidak dan apabila ada sedikit kekurangan di sana sini dan tidak sempurna kerana tiada manusia yang sempurna kecuali Rasulullah kerana baginda adalah maksum, ikhlaskanlah.

“Saya bercakap di dalam konteks masyarakat kerana kalau perkara ini tidak ditangani, saya bimbang ramai golongan wanita B40 yang akan desak suami untuk bercerai apabila perkara yang kecil diperbesarkan.

“Jadi, mana pahala sebagai isteri. Di mana duduknya. Kalau semua benda kita hendak fikir , tidakkah kita fikir soal akhirat pula?,” soalnya lagi. - Getaran, 5 April 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Farid Kamil Beri Bayangan Rujuk Semula Dengan Diana Danielle

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Farid Kamil, Diana Danielle Capai Kata Sepakat

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Farid Kamil Enggan Lafaz Cerai, Kes Diteruskan Untuk Proses Hakam

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ulasan Filem 'Anwar: The Untold Story' - Berani, Kontroversi Dan Penuh Emosi

Sorotan

1

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

2

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

3

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

4

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

5

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

6

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.

Muzik 5 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...