web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Farid Kamil Beri Bayangan Rujuk Semula Dengan Diana Danielle

Khabar angin timbul selepas Farid berkongsi video di Instastory memperlihatkan Diana Danielle terlentok manja di bahunya ketika ditemubual oleh pihak media.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2023 3:30PM

Video yang memaparkan Diana Danielle terlentok manja di bahu Farid Kamil seperti yang dikongsi di Instagramnya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak dua hari yang lalu, pelakon Farid Kamil mencuri perhatian ramai apabila seolah-olah memberi bayangan yang dia akan berbaik semula dengan bekas isterinya, Diana Danielle. 

Semuanya bermula apabila Farid berkongsi sebuah video di Instastory memperlihatkan Diana Danielle terlentok manja di bahunya ketika ditemubual oleh pihak media.

Video itu diikuti dengan beberapa siri video lain yang mengimbas semula kenangan manis di antara mereka berdua. Malah, Farid berkongsi semula Instastory yang dibuat oleh peminat-peminatnya.

Jika menjenguk ke akaun Instagram Diana Danielle, wanita ini nampaknya tidak berkongsi mengenai kehidupan peribadinya, sebaliknya dia nampak sedang sibuk mempromosikan single terbaharunya, ‘BersamaDenganRindu’.

Bagaimanapun, jika melihat ke ruangan komen di hantaran video ini, ramai peminat yang berdoa dan mengharapkan Diana dan Farid kembali bersatu. 

Selain itu, Diana juga ada berkongsi cerita di Budiey Channel mengenai perkembangan terbaharu ini.  Menurut Diana Danielle, dia dan Farid ada berbincang untuk kembali bersama sebagai suami isteri. Namun, dia menyerahkan kepada Farid untuk membuat sebarang kenyataan.

Pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos lalu. Pada 21 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberikan hak penjagaan penuh dua anak mereka kepada Diana. - Getaran, 16 September 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Farid Kamil, Diana Danielle Bercerai

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Fazura Fail Permohonan Cerai, Sahkan Desas-Desus Rumah Tangga Bergolak

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Nora Danish, Nedim Bercerai Talak 1

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Hisyam Hamid Belum Bersedia Kongsi Status Terkini Bersama Isteri, Mahu Jaga Hati Anak-Anak

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 6 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.