web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nora Danish, Nedim Bercerai Talak 1

Pasangan ini tidak lagi tinggal sebumbung sejak enam bulan lalu

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2024 8:11AM

Nora Danish dan Nedim sewaktu menyambut Aidilfitri tahun lalu - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas mengejutkan peminat dengan berita pergolakan rumah tangga, akhirnya ikatan perkahwinan aktres Nora Danish,42 dan suaminya, Nedim Nazri,41 terlerai juga.

Pasangan yang sering dianggap peminat sebagai secocok ini sah bercerai talak satu pada jam 8.40 malam tadi, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta.

Lafaz cerai tersebut dibuat di hadapan Hakim Abdul Fattah Datuk Kamarudin.

Kedua-duanya yang tenang tatkala dihampiri media mengakui, keputusan itu bukan satu perkara mudah.

Jelas Nora, ia adalah langkah terakhir yang diambil atas persetujuan bersama selepas semua usaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka berakhir dengan jalan buntu.

“Saya dan bekas suami telahpun mencapai persetujuan bersama untuk mengakhiri perkahwinan kami yang berusia tujuh tahun.

“Kami tidak lagi serumah selama enam bulan dan dalam tempoh itu kami telah mencuba yang terbaik, we have tried our best to save the marriage but akhir sekali, kita hanya boleh merancang, Allah (SWT) juga yang menentukan so Nora rasa kami percaya pasti ada hikmah untuk kami berdua,” katanya ketika ditemui media.

Nedim bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen dan menyerahkan kepada Nora untuk membuat kenyataan.

Nora dan Nedim melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac 2017 selepas beberapa tahun menjalinkan percintaan.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl atau lebih mesra dipanggil NeyNey yang kini berusia enam tahun.

Ini adalah perceraian kedua buat Nora dan Nedim.

Masing-masing sebelum ini memiliki seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinan pertama, Putra Rayqal Ramli, 15, dan Mohamed Nedrin, 12.

Untuk info, Nedim pernah berkahwin dengan Nabilah Khan pada 2011 dan berpisah pada 2013, manakala Nora bergelar ibu tunggal selepas perkahwinannya bersama Datuk Rizal Ashram Ramli yang dibina sejak 20 Jun 2006 berakhir pada 2008. - Getaran, 20 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Yazmin Aziz Lakar Sejarah, Bakal Beraksi Di Mongolia 

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang