web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hisyam Hamid Belum Bersedia Kongsi Status Terkini Bersama Isteri, Mahu Jaga Hati Anak-Anak

Menurut Hisyam, banyak hati perlu dijaga terutamanya anak-anaknya dan dia tidak mahu melukakan perasan mereka

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2024 8:05PM

Pelakon Hisyam Hamid bersama isteri dan dua anaknya. - Gambar Helmi Anuar.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon kacak kelahiran Singapura, Hisyam Hamid belum bersedia untuk berkongsi status terkini hubungannya dengan isteri, Rosmawati Hanafi biarpun timbul khabar angin mengatakan mereka telah bercerai.

Menurut Hisyam atau nama lengkapnya Hazmi Hisyam Abdull Hamid, 39, dia sebenarnya tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan tentang status perkahwinannya.

"Tak tahu lah macam mana nak jawab. Saya rasa belum bersedia untuk ulas tentang perkara ini.

"Dalam setiap perkahwinan pasti ada masalah dan pasang surutnya. Mungkin bila tiba masa yang sesuai dan sudah bersedia, saya akan cakap.

"Untuk bercakap tentang perkara ini, banyak faktor yang perlu diambil Kira. Saya perlu jaga hati anak-anak saya, jadi saya masih berfikir," katanya ketika ditemui di rumah terbuka anjuran Global Station.

Namun kata pelakon drama Cukup Derita Itu ini, hubungannya bersama Isteri masih baik dan dia sempat beraya bersama di Singapura baru-baru ini.

"Hubungan kami okay. Raya baru-baru ini kami keluar bersama dengan anak-anak.

"Tak ada masalah dari segi hubungan malah dia (isteri) masih menguruskan kerjaya saya. Kami tiada masalah dari sudut itu.

"Tetapi untuk komen tentang status hubungan kami, saya rasa buat masa ini saya belum bersedia," ujarnya.

Sejak tahun lalu, status rumah tangga Hisyam menjadi spekulasi ramai apabila dia dilihat sudah jarang bersama isteri malah tinggal berseorangan di Kuala Lumpur, manakala isteri dan anak-anaknya tinggal di Singapura.

"Saya sedar sebagai seorang figura awam, pasti ramai yang nak tahu tentang kisah hidup saya terutamanya peminat.

"Tetapi buat masa sekarang ada perkara yang terlalu peribadi untuk saya kongsikan kepada umum," jelasnya.

Beralih ke soal kerjaya seni, Hisyam kini sedang terlibat dengan penggambaran drama bersiri di mana dia membawa watak sebagai seorang lelaki Autisme. - Getaran, 10 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Farid Kamil, Diana Danielle Bercerai

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Fazura Fail Permohonan Cerai, Sahkan Desas-Desus Rumah Tangga Bergolak

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Nora Danish, Nedim Bercerai Talak 1

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Jovian Mandagie, Nina Sah Bercerai

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang