web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Farid Kamil, Diana Danielle Capai Kata Sepakat

Pasangan ini telah mencapai kata persetujuan untuk perkara-perkara yang berkait dengan perceraian

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2023 4:41PM

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 2012 dan memiliki dua cahaya mata - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasangan pelakon popular, Farid Kamil, 42, dan Diana Danielle, 32, difahamkan sudah berbincang serta bersetuju mengenai perceraian, tuntutan nusyuz dan hak penjagaan anak yang difailkan mereka sebelum ini. 

Perkara ini dimaklumkan oleh peguam yang mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader ketika ditemui media pada prosiding yang berlangsung di Mahkamah Syariah Shah Alam pada pagi tadi.

Jelas peguam itu lagi, pihaknya sudah berbincang dengan defendan (Farid Kamil) berhubung segala aspek berkaitan. Kedua-dua pihak juga telah memasukkan terma atau syarat-syarat bagi memastikan kes ini diselesaikan secara menyeluruh. 

Akberdin memberitahu, prosiding permohonan cerai yang sudah difailkan Diana akan diteruskan pada Khamis ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. 

"Pihak mahkamah hari ini menangguhkan keputusan mengenai hak penjagaan penuh anak sebab mahu selesaikan secara menyeluruh dahulu kerana tidak mahu ada sebarang pertikaian lagi selepas semuanya dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.”

"Sepatutnya pada Khamis ini juga, pihak Mahkamah Rendah Syariah pula akan meneliti semua hasil dapatan daripada laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP). Di situ kami akan maklumkan mengenai perjanjian bersama mereka dan sekiranya semua lancar maka proses cerai boleh diteruskan pada hari itu," ulas beliau.  

Kemelut rumah tangga pasangan ini bermula apabila Diana memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac lalu. Diana memaklumkan, dia mengambil langkah itu kerana tiada lagi persefahaman dalam perkahwinan mereka. 

Pasangan ini mempunyai dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8 selepas melangsungkan perkahwinan pada 2012. - Getaran, 8 Ogos 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Farid Kamil Beri Bayangan Rujuk Semula Dengan Diana Danielle

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Farid Kamil Enggan Lafaz Cerai, Kes Diteruskan Untuk Proses Hakam

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ulasan Filem 'Anwar: The Untold Story' - Berani, Kontroversi Dan Penuh Emosi

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Hadir Ke Tayangan Perdana Filem ‘Anwar: The Untold Story’, Perdana Menteri Puji Lakonan Farid Kamil Sebagai Dirinya

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa