web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hadir Ke Tayangan Perdana Filem ‘Anwar: The Untold Story’, Perdana Menteri Puji Lakonan Farid Kamil Sebagai Dirinya

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke tayangan perdana filem Anwar: The Untold Story yang merupakan filem biopik tentang dirinya.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 12:00PM

Anwar dan Dr Wan Azizah ketika hadir di tayangan perdana filem Anwar: The Untold Story. - Gambar Twitter Rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim/Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji lakonan Farid Kamil yang melakonkan watak dirinya di dalam filem Anwar: The Untold Story.

Anwar berkata demikian ketika diminta untuk mengulas tentang lakonan Farid sewaktu sesi tayangan perdana filem itu pada Isnin.

“Dia (Farid) telah cuba sedaya upaya untuk cuba menjadi mirip seperti saya walaupun dia lebih kacak daripada saya. Yang itu, yang saya kurang setuju. 

“Tetapi lakonan dia sangat baik. Sukar untuk melakonkan babak ketika saya sedang marah ataupun sedang sakit, dan dia lakukan dengan baik sekali,” katanya.

Anwar Ibrahim - Gambar Twitter Rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim/Helmi Anuar
Anwar Ibrahim - Gambar Twitter Rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim/Helmi Anuar

Salah satu adegan di dalam filem ini turut memaparkan babak di mana Farid menyanyikan lagu Azizah daripada Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang ditujukan khas buat isterinya iaitu Datin Seri Dr Wan Azizah yang dilakonkan Acha Septriasa. Namun, kata Anwar dalam nada bergurau, nyanyiannya lebih baik daripada Farid. 

Ditanya tentang berapa peratus ketepatan jalan cerita di dalam filem ini, kata Anwar peristiwa yang berlaku lebih dari 20 tahun lalu untuk dimuatkan dalam filem yang berdurasi 1 jam 30 minit adalah tidak mudah.

“Ini adalah kali pertama saya menonton filem ini. Ramai yang tidak percaya termasuk anak saya, Nurul Izzah. Dia tanya bagaimana saya boleh hadir ke tayangan perdana ini seolah-olah merestui filem yang belum saya tonton. 

“Saya beritahu padanya saya setuju atau tak setuju itu tidak penting. Ini bukanlah filem Anwar oleh Anwar. Tetapi, kebetulan beberapa babak yang dipaparkan di dalam filem ini adalah benar. Beberapa isu yang dipaparkan di dalam filem ini adalah rahsia umum,” ujarnya.

Anwar bersama barisan pelakon dan orang di belakang tabir Anwar: The Untold Story. - Gambar Twitter Rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim/Helmi Anuar
Anwar bersama barisan pelakon dan orang di belakang tabir Anwar: The Untold Story. - Gambar Twitter Rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim/Helmi Anuar

Ditanya apakah perasaannya selepas menonton filem biopik tentang dirinya sendiri, kata Anwar sukar untuk dia mengulas tentang perasaannya kerana ada peristiwa di dalam filem berkenaan yang sangat menyakitkan buat dirinya.

“Sebagai orang yang diceriterakan, tentunya saya dan Azizah tersentuh. Sukar untuk saya ulas kerana ada episod yang ingin kita lupakan kerana ia sangat menyakitkan dan menyedihkan. Bebannya itu ditanggungkan oleh Azizah, anak-anak dan rakan-rakan,” kongsinya. 

Selain filem, Anwar turut memuji lagu tema filem ini yang dinyanyikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Menjaga Cintamu ciptaan Andi Rianto dan lirik oleh Sekar Ayu Asmara.

“Lagu tema nyanyian Siti Nurhaliza sangat ‘powerful’. Lirik, lagu dan persembahannya sangat luar biasa. Ia sangat menyentuh perasaan. Walaupun saya baru dengar hanya secebis, tetapi ia merupakan lagu yang sangat mengesankan,” katanya.

Filem arahan sutradara Indonesia, Viva Westi ini telah menjalani penggambaran di Malaysia dan Indonesia di mana hampir 90 peratus pelakon di dalam filem ini adalah dari Indonesia. 

Selain Farid Kamil yang melakonkan watak Anwar Ibrahim, seorang lagi aktor dari Malaysia iaitu Hasnul Rahmat dipilih untuk melakonkan watak sebagai Tun Mahathir di dalam filem ini.

Filem Anwar: The Untold Story terbitan Biangalala Entertainment serta pengedar rasminya, Yusrych Global Sdn Bhd dan DMY Creation akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 18 Mei ini. – Getaran, 9 Mei 2023
 

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Forest  City: Usir Segera Warga Israel Jika Dakwaan Terbukti - PM

3

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

4

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Agenda Pembangunan Rakyat Diteruskan - PM

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa