web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Farid Kamil Enggan Lafaz Cerai, Kes Diteruskan Untuk Proses Hakam

“Oleh kerana defendan (Farid) tidak bersetuju, mahkamah dengan ini memerintahkan kes cerai ini diteruskan dengan timbang tara hakam dan mahkamah menetapkan 15 Jun untuk pihak-pihak melantik hakam,” - hakim

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 8:14PM

Farid Kamil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Pelakon Farid Kamil hari ini enggan melafazkan talak terhadap isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle ketika prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari di sini.

Hakim Syarie Shukran Yusof berkata berdasarkan keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berlaku shiqaq atau perbalahan yang berpanjangan dan beliau menasihatkan Farid melafazkan talak terhadap isterinya jika beliau bersedia.

Farid kemudian menjawab “tidak setuju untuk lafaz talak”.

“Oleh kerana defendan (Farid) tidak bersetuju, mahkamah dengan ini memerintahkan kes cerai ini diteruskan dengan timbang tara hakam dan mahkamah menetapkan 15 Jun untuk pihak-pihak melantik hakam,” kata Shukran.

Diana Danielle - Gambar fail
Diana Danielle - Gambar fail

Terdahulu, Shukran berkata keputusan laporan JKP mendapati pasangan selebriti itu gagal menemui pendamaian.

Peguam Syarie Datuk Akberdin Abdul Kader mewakili Diana berkata memandangkan keputusan laporan JKP adalah negatif, pihaknya memohon agar Farid (defendan) melafazkan talak.

“Sekiranya defendan (Farid) enggan melafazkan talak, kita pergi ke peringkat seterusnya iaitu hakam,” katanya.

Peguam Syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Farid membantah proses hakam dijalankan kerana berpendapat shiqaq tidak berlaku.

Akberdin kemudian berhujah laporan JKP menyatakan shiqaq telah berlaku kerana pasangan berkenaan mempunyai pendapat yang berbeza mengenai rumah tangga mereka apatah lagi anak guamnya tidak tinggal serumah dengan defendan sejak Mac lepas.

Shukran bersetuju dengan hujahan Akberdin bahawa berlakunya shiqaq di antara pasangan itu.

Prosiding hari ini dihadiri Diana dan Farid yang ditemani bapanya Datuk Dr Zahari Che Dan dan ibunya Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah yang berkerusi roda.

Pada 10 Mac lepas, Diana selaku plaintif memfailkan permohonan cerai terhadap Farid mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq serta tidak lagi mampu hidup bersama sebagai suami isteri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Farid Kamil Beri Bayangan Rujuk Semula Dengan Diana Danielle

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Farid Kamil, Diana Danielle Capai Kata Sepakat

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ulasan Filem 'Anwar: The Untold Story' - Berani, Kontroversi Dan Penuh Emosi

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Hadir Ke Tayangan Perdana Filem ‘Anwar: The Untold Story’, Perdana Menteri Puji Lakonan Farid Kamil Sebagai Dirinya

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa