web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas 'Pathaan', Rohit Shetty Bakal Arahkan 'Chennai Express 2' Bersama Shah Rukh Khan Dan Deepika Padukone?

Menerusi hantaran terbaharu di media sosialnya, Rohit Shetty seolah-olah cuba memberitahu bahawa akan adanya sekuel filem 'Chennai Express 2' tidak lama lagi.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 5:01PM

Gambar Instagram Rohit Shetty

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gandingan pengarah Rohit Shetty dengan bintang Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan memang diakui tidak pernah mengecewakan. 

Sejak mereka mula bekerjasama dalam filem Chennai Express pada 2013 yang berjaya mencatatkan kutipan pecah panggung, ramai peminat filem yang sentiasa menantikan filem daripada mereka. 

Selepas Chennai Express, Rohit dan Shah Rukh telah bekerjasama sekali lagi dalam filem Dilwale pada 2015 dan terbaharu adalah Pathaan yang telah mencetuskan kontroversi tentang isu warna suci agama Hindu dan menjadi filem paling hangat diperkatakan di India ketika ini. 

Bagaimanapun hantaran terbaharu Rohit Shetty di media sosialnya telah menarik perhatian ramai peminat filem. 

Sewaktu pengarah filem ini sibuk menjayakan penggambaran 'Indian Police Force' bersama Sidharth Malhotra, dia telah memuat naik gambar babak kereta api dan memberitahu bahawa babak itu telah mengingatkannya kepada Chennai Express.

Hantaran itu menunjukkan Sidharth sedang memegang pistol sewaktu berada di atas keretapi tersebut, manakala Rohit dan beberapa krew berada berdiri hampir dengan keretapi tersebut. Tangan Rohit juga dilihat cedera sewaktu mengalami kemalangan menjayakan penggambaran 'Indian Police Force' di Hyderabad sebelum ini. 

Apa yang pasti, hantaran daripada Rohit itu membuatkan ramai peminat filem Bollywood teruja kerana mereka percaya bahawa pengarah yang hebat itu seolah-olah cuba memberitahu bahawa akan adanya filem Chennai Express 2 tidak lama lagi. 

Bahkan, ada yang mengakui bahawa mereka tidak sabar menunggu kemunculan Chennai Express 2 dan tidak kurang juga yang memberitahu bahawa Chennai Express adalah antara filem terbaik arahannya. 

Antara komen netizen di Instagram Rohit Shetty - Tangkapan layar Instagram
Antara komen netizen di Instagram Rohit Shetty - Tangkapan layar Instagram

Apapun, ramai yang tidak sabar menanti kemunculan filem Pathaan yang bakal ditayangkan di pawagam pada 25 Januari ini. 

Filem yang dibintangi Shah Rukh Khan bersama Deepika Padukone dengan John Abraham itu adalah sebuah filem aksi perisikan dan ia merupakan filem Shah Rukh sebagai teraju utama selepas empat tahun berehat. 

Ramai menjangkakan bahawa Shah Rukh yang digelar King Khan bakal menguasai semula industri perfileman Bollywood menerusi  filem tersebut.  

Dalam perkembangan lain, Shah Rukh bahawa sahaja menandatangani kontrak filem dengan Rajkumar Hirani bagi filem Dunki bersama Taapsee Pannu. Dan, peminat percaya dia akan menandatangani sebuah lagi filem bersama Rohit selepas ini. 

Apapun Rohit kini sednag menyiapkan siri web, 'Indian Police Force' bersama Sidharth Malhotra dan kemudian akan meneruskan penggambaran filem Singham 3 yang turut menampilkan Deepika Padukone. – Getaran, 23 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Shah Rukh Khan Bakal Berlakon Dengan Anak Perempuannya, Suhana Khan Dalam Projek Filem Terbaharu 

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Shah Rukh Khan dan Ranveer Singh Jadi Cameo Dalam ‘Stardom’ Arahan Aryan Khan

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Shah Rukh Khan Failkan Tuntutan Saman Selepas Klip Video dan Gambar Filem 'Jawan' Tersebar Dan Viral Di Internet

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas