web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Derma Kilat Tabung Kecemasan Nad Zainal Berjaya Raih Lebih RM128,703 Setakat Ini 

Jumlah kutipan itu telah dikongsikan Shahrulezad Mohameddin atau @budakijat yang juga seorang pengarah, penerbit dan pengasas syarikat penerbitan Radius One.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 5:02PM

Tangkapan layar laman web assiddiqaid.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun usaha segelintir rakan selebriti mewujudkan Tabung Kecemasan Nad Zainal mendapat kecaman segelintir netizen, namun ia berjaya meraih kutipan sebanyak RM128,703 setakat jam 1.45 petang.

Beberapa jam lalu, jumlah kutipan yang berjaya diraih telah dikongsikan Shahrulezad Mohameddin atau @budakijat yang juga seorang pengarah, penerbit dan pengasas syarikat penerbitan Radius One. 

Perkongsian itu dibuat oleh Shahruleza menerusi Instragram miliknya.

“Alhamdulillah. Syukur. Tabung masih terus dibuka ya, kawan-kawan sekalian,” tulisnya sambil menyertakan pautan untuk menderma. 

Sebelum itu, melalui hantaran terdahulu, Shahruleza telah berkongsi jumlah kutipan yang dibuat iaitu sebanyak RM52,619. 

Kapsyen yang ditulisnya: “Alhamdulillah. Syukur. Terima kasih buat semua para penderma. Tabung masih akan terus dibuka. Terima kasih sekali lagi dari rakan-rakan Nanad. Sayang korang ketat ketat”

“Kepada sesiapa yang menggunakan CDM, boleh email kami resit: [email protected] .Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi Echa selaku PA Nad Zainal di 012-3458623”.

Tabung Kecemasan Nad Zainal itu telah diuruskan Pertubuhan Kebajikan As-Siddiq dan jumlah keseluruhan kutipan yang ingin dicapai adalah sebanyak RM200,000. 

Kesemua wang derma ini akan diserahkan kepada ibu bapa Nad Zainal bagi membantu membiaya kos rawatan Nad di hospital. Semoga Nad Zainal akan sembuh dan pulih seperti sediakala. – Getaran, 1 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Ketahui Talian Kecemasan Hospital Berhampiran Kediaman Anda, Jangan Salah Dail 999

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelajar Cenderung Cederakan Diri, PKHEM Sekolah Didakwa Bersikap Melampau

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Wira Merah Turut 'Beraksi' Di LIMA 2023

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 3 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN